Selepas latihan olahraga di saltmine sebelah pagi tadi. Sempat ke Taman Cabaran Putrajaya. Ada event mendaki di sana. Sayangnya waktu rehat ketika itu. Maka tiada aksi menarik dapat dilihat. Kemudian bergerak ke Taman Equestrian Putrajaya. Meriah! rupanya ada acara sukan antarabangsa.
Rupanya ada acara sukan Ultimate Frisbee sedang berlangsung. Istilah yang digunakan frisbee adalah cakera terbang. Ini merujuk kepada Persatuan Cakera Terbang Malaysia (MFDA) Malaysian Flying Disc Association.
Padang Polo yang luas ini telah memuatkan 12 padang frisbee tersebut. Terdapat tiga kategori kumpulan iaitu Lelaki, Perempuan dan Campuran. Tidak ketinggalan juga penglibatan pasukan dari Malaysia.
Selepas meletakkan kereta, lebih berminat ke gerai jualan sahaja. Pastilah mencari baju T-shirt bagi menambah koleksi. Trio merupakan jenama pakaian sukan. Sebagai penaja utama sudah pastilah jenama ini diletakkan sebagai nama rasmi kejohanan. Ada juga baju berlogokan MFDA tetapi kurang menarik kerana berlengan panjang untuk kaum wanita sahaja serta berhud. Rupanya selepas melihat di padang terdapat kaum lelaki turut memakai baju yang berhud untuk menutup kepala dan tengkuk dari panas sinaran terikan mentari.
Selepas tengok barangn yang dipamerkan barulah melihat aksi menarik di padang. Sepasukan ada 7 orang untuk merebut satu cakera terbang yang berwarna putih. Sekali imbas garisan padang macam permainan ragbi. Terdapat zon hujung berjarak 25m setiap pasukan merupakan kawasan untuk mendapatkan mata. Kawasan padang permainan pula adalah 64m. Keseluruhan panjang padang adalah 110m dan lebar adalah 37m.
Marker yang berwarna oren itu penanda garisan gol. Pasukan lawan melepasi garisan tersebut bersama cakera terbang, pastilah mendapat satu mata di zon hujung tersebut yang berjarak 25m.
Merujuk kepada laman sesawang Ultiscore, terdapat tiga divisyen dipertandingkan. Divisyen Terbuka terdapat empat kumpulan. Kumpula A terdiri daripada pasukan Singapore- Men, Ural, Flash dan Pink Dolphins.
Manakala, kumpulan B pula terdiri daripada Technicolor, 852, Flywild dan Thirsty Camels Men. Kumpulan C pula, Pancake Men, Guangzhou Superstorm, Hardcore Ultimate dan Moo Kata. Akhir sekali kumpulan D terdiri daripada DMG Men, Viking Men, Emerald Tiger dan Malaysia Hornbills.
Divisyen Wanita pula hanya terdapat dua kumpulan sahaja. Pasukan terebut adalah PWR Endurance, Mega Mad, DMG Women, Dolphin Diver, dan Shanghai Siren untuk kumpulan A. Manakala, kumpulan B adalah Black Widows, Malaysia Hibiscus, My Babygals, New TaiPei Coin, Falcons dan Aurora.
Akhir sekali Divisyen Campuran terdapat empat kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada Singapore-Mixed, XHK, Nolimit dan Joker. Seterusnya kumpulan B adalah Zero Discplacement, Carebears, Spike Place Market dan Kings.
Sebelum pasukan serangan melempar ke kawasan zon hujung, pihak pertahanan perlu baris melintang menghadap. Terus mendapatkan cakera terbang untuk menyerang semula bagi mendapatkan mata.
Aksi pasukan serangan berjaya memasuki zon hujung pasukan pertahanan. Ini bermaksud pasukan serangan berjaya memperolehi satu mata. Kepantasan dan kecekapan melempar dan menyambut dengan tepat pasti membawa kejayaan. Komunikasi dan koordinasi yang tepat pasti membawa kejayaan seterusnya.
Berbalik kepada kumpulan C terdiri daripada Shiok, Tianan Penta V, Last Call dan Sg Vintage. Seterusnya kumpulan D adalah Malaysia Tapir, Reach-Chsey Ultimate, Palsies dan Undecided.
Pasukan berjersi biru ini merupakan perlawanan divesyen Perempuan. Lemparan perempuan lebih kepada berjarak dekat sahaja. Tidak bagi lelaki, lemparan cakera terbang lebih jauh dan pantas.Setiap pemain tidak dibenarkan menyentuh antara satu sama lain. Hanya 10 saat diberi setiap kali memegang cakera terbang tersebut. Pemain juga tidak boleh berlari atau semasa memegang cakera terbang tersebut juga.
No comments:
Post a Comment