Setelah menonton wayang bertajuk How To Train Your Dragon. Damia telah berjaya memiliki beberapa koleksi figura cerita tersebut. Kisah tentang naga yang menarik jalan cerita atau plotnya. Koleksi yang kecil ini berharga lebih kurang RM30 sahaja. Watak naga utama dalam cerita ini dikenali sebagai Toothless.
Toothless diberi nama oleh watak yang menjumpainya. Night Fury adalah nama naga tersebut. Ia cedera akibat terkena senjata yang dicipta oleh hero dalam cerita ini. Hiccup mencipta senjata bagi melawan naga-naga yang sering menyerang penempatan mereka.
Sebelah kiri merupakan naga yang bernama Deadly Nadder. Ia dimiliki oleh heroin cerita ini iaitu Astrid. Hiccup dan Astrid merupakan pasangan kekasih. Mereka berdua berkawan rapat bagi menyelesaikan satu misi yang penting.
Misinya adalah untuk membunuh naga yang paling besar iaitu Red Death Chomping Rampage. Semua naga yang ada sangat takut pada Red Death ini. Semua naga mencari makan untuk diberikan kepadanya.
Sebelah kiri merupkan Toothless diikuti dengan Deadly Nadder mengapit Red Death Chomping Rampage. Deadly Nadder sebelah kiri ditunggangi oleh tuannya Astrid. Manakala sebelah kanan mempunyai fungsi menembak seperti watak yang dibawa dalam filem tersebut. Seterusnya kotak kecil sebelah kiri tersebut merupakan Monstrous Nightmare.
Deadly Nadder berbadan biru telah terbaring. Begitu juga tuan mereka iaitu Hiccup dan Astrid. Teguh berdiri adalah raja naga tersebut iaitu Red Death yang sangat berkuasa. Toothless sebelah Red Death tersebut menghadap yang saiz kotak kecil tersebut. Satu besar dan satu kecil saiznya bagi Toothless ada di situ. Warna kunng tersebut merupakan peluru yang dipunyai oleh salah satu Deadly Nadder.
Selepas kematian Red Death Chomping Rampage. Semua naga-naga tidak hidup dalam keadaan ketakutan lagi. Naga-naga semakin jinak dan berjaya dijinakkan berguna kepada setiap orang menjadi haiwan tunggangan.
Hanya Hiccup yang berjaya menundukkan Toothless menjadi jinak. Ini semua terjadi apabila ekor Toothless telah tercedera angkara senjata Hiccup tersebut. Bermula dari situlah Hiccup telah belajar untuk menundukkan Toothless. Pelbagai peristiwa dan pengalaman telah dijalani sehingga mereka sangat akrab.
Astrid pula memilih Deadly Nadder bagi menyerang Red Death. Astrid pernah mengekori Hiccup untuk mengetahui rahsia kepandaiannya menewaskan naga-naga semasa pertandingan merebut gelaran. Akhirnya rahsia terbongkar setelah melihat Hiccup bersama Toothless di satu kawasan yang jauh dari orang kampung.
Naga berkepala dua ini dikenali sebagai Hideous Zippleback. Si kembar Ruffnut dan Tuffnut menjadi tuan mereka. Kembar tak sama jantina ini sangat sesuai memilih naga berkepala dua ini. Mereka berdua boleh menunggang sekali pada seekor naga yang sama.
Api yang keluar dari mulut Deadly Nadder. Naga-naga yang garang sebelum berjaya dijinakkan selepas berakhirnya riwayat Red Death. Model ini tidak ada Astrid untuk menunggangnya. Ada dua zaman penceritaan setiap naga ini. Maka dua model siri Deadly Nadder ini telah dikeluarkan oleh pengilang. Kedua figura Deadly Nadder telah berjaya dimiliki oleh Damia.
Turut berjaya memiliki dua model adalah Groncle naga yang memiliki empat kaki. Badan besar berkaki empat masih turut mempunyai sayap yang comel. Kepalanya boleh bergoyang-goyang. Fishlegs memilih Gronckle sebagai haiwan tunggangannya.
Ada beberapa koleksi yang masih belum dimiliki oleh Damia. Tunggu Abahnya bergaji terlebih dahulu barulah boleh melengkapkan koleksi. Koleksi yang belum dimiliki adalah Skrill, Rumblehorn dan Monstrous Nightmare bagi model besar.
Manakala model kecil yang buku tersebut baru memiliki tiga model. Damia telah bejaya mencari senarai kod setiap model buku tersebut. Ini kerana semasa hendak membeli, setiap kotak tidak dinyatakan model apa. Hanya berpandu kod nombor tersebut mudahlah kita memilih model yang diidamkan.
Kami mencari setiap figura ini dari kedai alat permainan yang ternama dengan ikon haiwan Zirafah. Mula-mula cari di IOI City Mall selepas menonton wayang tersebut. Kami juga mencari di cawangan lain dekat One Utama dan juga Suria KLCC. Maklumlah permainan ini dikategorikan sebagai Hot! Maka cepat laris seperti Pisang goreng.
Pastikan juga menjadi ahli kedai tersebut bagi mengumpul mata dan mendapat harga ahli. Pasti boleh menjimatkan dengan keahlian yang ada. Bermain dapat berimaginatif dan meluaskan fikiran. Percambahan fikiran membolehkan melahirkan fikiran kreatif dan lebih proaktif. Daya ingatan dan tumpuan lebih tajam dengan mengenal pasti ciri-ciri dan jenis setiap figura. Umpama haiwan zaman pra-sejarah juga. Ada pelbagai jenis dan nama yang agak sukar untuk diingati juga. Apapun bermain adalah satu proses pembelajaran yang dapat melahirkan anak yang sentiasa berfikiran maju ke hadapan.
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment