Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat

Pada 6 September 2014, Kelab Olahraga SMKBTHO2 Cheras telah mengadakan program Jungle Trekking Air Terjun Sungai Lepoh di Hulu Langat




Seramai 31 orang pelajar terlibat bersama empat orang guru pengiring. Perjalanan terlewat akibat bas yang dijanjikan tidak muncul mengikut jadual. Kesabaran para peserta amat diperlukan kerana rata-rata peserta tidak sabar untuk menjalankan aktiviti yang dirancang.

Bas tiba lebih kurang 9.20 pagi dan tanpa berlengah lagi semua peserta berpusu-pusu menaikinya tanpa disuruh.

Perjalanan ke Hulu Langat sangat lancar tanpa sebarang masalah. Tiba di Pekan Batu 18 Hulu Langat untuk singgah di Balai Polis untuk makluman keselamatan pihak berkuasa.


Tiba di simpang Sungai Lopo bas masuk hingga ke tempat letak kereta. Aku memaklumkan kehadiran kami kepada rakan sekerjaku Asrul  menggunakan radio dua hala yang telah ditetapkan frekuensinya.

Dia bersama seorang lagi guru telah membuat tinjauan tentang tempat ini serta memberi maklumat yang berguna bagi persediaan program ini.

Senarai nama peserta bersama guru pengiring telah diberi kepada pihak yang menjaga kawasan ini. Aku telah memberitahunya bahawa program ini juga telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Ini adalah penting jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka pihak berwajib boleh mengambil tindakan.



Setelah memberi taklimat keselamatan dan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Taariq perjalanan ke air terjun pun bermula. aku telah mensetkan aplikasi RunKeeper untuk aktiviti hiking bagi mendapatkan data perjalanan dan kalori yang akan digunakan.




Aku mengemudikan perjalanan ini hingga ke destinasi dituju manakala Asrul bertindak sebagai sweeper dibelakang. Kami menggunakan radio dua hala bagi tujuan komunikasi dan keselamatan.

Perjalanan berjalan lancar dan cuaca sangat baik membantu semua peserta menghayati keindahan alam dengan sempurna. Permulaan dikawasan kebun buah-buahan dan kebun orang asli.

Pendakian sedikit demi sedikit dan perlahan tanpa rasa terlalu penat terasa. Selepas melewati hutan simpan terasa cabaran semakin hebat apabila terpaksa menghadapi cabaran pendakian.

Melewati batang paip yang besar sepanjang perjalanan seolah-olah mengiringi dan petunjuk ke air terjun.


Selepas melepasi pendakian sebuah bukit, kami semua berhenti rehat disebelah batang paip untuk melepaskan lelah. Kemudian perjalanan diteruskan ke kawasan air terjun. Deruan air yang semakin kuat menggamit kami untuk meneruskan perjalanan. Tiba di Pondok aku mengumpulkan semua peserta untuk memaklumkan cabaran seterusnya yang agak berisiko.

Sebenarnya air terjun tidaklah jauh lagi untuk tiba, oleh kerana perjalanannya lebih bahaya  melalui ditepi batu besar dan kawasan curam.

Sampai ditempat tuju aku terus mematikan  aplikasi RunKeeper untuk mengetahui data yang dicapai.

jarak: 3.41km
masa: 1:39:56
purata min/km : 29:20
kalori: 477

Setelah semuanya selamat tiba para peserta sibuk dengan aktiviti ikhtiar hidup. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menyalakan api dan membakar roti lilit. Tugasan berkumpulan penting bagi menerapkan semangat kerjasama. Sambil melakukan tugasan peserta juga menikmati bekalan nasi lemak yang dibekalkan dari sekolah.

Setelah sejam berlalu segerombolan pelajar dari Gombak tiba untuk menikmati kedinginan air terjun ini. Mereka ke tingkat atas dan kami tetap di bawah. Setelah hampir sejam mereka di atas, beredar diketuai oleh dua orang pemandu. Kamipun tidak menunggu lebih lama untuk ke atas menikmati kedinginan dan kejernihan airnya.
  




Setelah berenang dan berendam kami solat dan setrusnya bersedia untuk berjalan pulang. Bermula jam 2.30 petang selepas mengemaskan kawasan perjalananpun bermula. Perjalanan pulang dan turun lebih laju berbanding masa datang tadi. Selepas sejam 15 minit kami tiba di base camp dan terus menikmati makan petang.

Pada jam 4.30 petang seperti yang dijanji bas telah bersedia untuk membawa semua peserta pulang. Sesungguhnya program ini berjaya menerapkan semangat berpasukan dan kerjasama disamping menguji kekuatan fizikal dan mental. Terima kasih kepada guru pengiring yang lain iaitu En.Asrul, Pn,Che Sarina dan Pn Habsah yang bekerjasama menjayakan program ini. Tahniah dan syabas juga kepada setiap pelajar yang memberi kerjasama sepenuhnya mendengar arahan dan melibatkan diri segala aktiviti yang dirancang.

No comments:

Post a Comment

Pusingan U

  Belon pagi ini radiosonde 2405015328 sangat sukar dijumpai memandangkan altitud ketinggian akhir agak tinggi. Kawasan ladang kelapa sawit ...