Nukilan Mohammad Romzi Parabola

    Setelah beberapa lama membuat tracking berbagai satelit TV, sama ada Ku Band, S Band atau C Band.... berdasarkan sedikit pengalaman dan ilmu yang cetek, saya mendapati hobi ini merupakan satu seni yang sebenarnya. Bagi penghobi, menonton siaran atau channel TV bukanlah satu keutamaan. Namun yang dicari ialah satu kepuasan, iaitu satu perasaan yang sukar digambarkan apabila frequency satelit yang dicari itu berjaya dikesan, di lock dan berjaya mendapat signal quality yang ter...tinggi. Kepuasan itu mencapai klimaks tertinggi apabila semua transponder satelit berkenaan dapat di scan dan channel di setiap transponder mulai muncul semasa proses scanning. Kepuasan itu tidak akan berakhir sehinggalah setiap satelit TV yang beamnya dalam coverage berjaya 'ditawan'.
    Dalam proses membuat tracking yang masih tidak berjaya sehingga mengambil masa berjam-jam lamanya, malah sehingga berhari-hari, berbagai dugaan, teori dan persepsi akan mula menghantui fikiran dengan anggapan bahawa dish yang digunakan tidak betul, jenama atau brand yang digunakan tidak bagus, dish rosak, tidak menepati spesifikasi, manufacturer defect, LNB tidak berkualiti dan segala macam anggapan dan andaian. Waktu itu, kita tidak sedar, tidak terfikir atau terlupa bahawa pengilang dish telah membuat R & D secara terperinci dimana jurutera mereka bertungkus lumus mereka bentuk mengikut spesifikasi yang terbaik, mengikut ukuran yang jitu sebelum membuat mold, membuat ujian dan sebagainya sebelum mengeluarkan produk secara besar-besaran. Akhirnya, segala anggapan itu hilang secara automatik apabila frequency yang dicari-cari dapat dikesan dengan kualiti yang memuaskan.
    Apabila diamati, saya berpendapat yang sebenarnya kreativiti, seni, kesabaran, ketekunan dan ilmu terhadap konsep asasnya itulah yang paling penting, antaranya kefahaman tentang LNB Skew untuk ku band, S band dan C band, kecondongan dish ke arah garisan Khatulistiwa, bacaan focal distance... selain dari azimuth dan elevation. Namun begitulah hakikatnya, manusia tidak boleh lari dari anggapan dan persepsi. Sekadar perkongsian pengalaman....

    https://www.facebook.com/mohdromzi2013

No comments:

Post a Comment

Pusingan U

  Belon pagi ini radiosonde 2405015328 sangat sukar dijumpai memandangkan altitud ketinggian akhir agak tinggi. Kawasan ladang kelapa sawit ...