Belon Kuantan Radiosonde D20069674 berjaya dijumpai Naim 9M2CKG


Credit 9M2ZAK

Belon Kuantan radiosonde D20069674 telah jatuh semalam 10 Jun 2022 jam 9:18 pagi. Berjaya ditemui oleh Naim 9M2CKG secara solo dalam kawasan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Jengka, Jalan Jengka 23. Belon mencapai ketinggian maksimum 24298m serta altitud terakhir adalah 2551m. Sangat tinggi altitud itu untuk melakukan misi pencarian.

Credit 9M2CKG
Naim 9M2CKG bernasib baik setelah isyarat masih dapat kedengaran. Maka, isyarat terkini dapat dicerap menggunakan peranti rdzTTGOsonde. Hasilnya koordinat 3.62655 darjah Utara dan 102.52250 darjah Timur. Baki bateri data terakhir adalah 4.54 volt. Banyak lagi tenaga, membolehkan Naim 9M2CKG melancarkan misi pencarian tanpa perlu risau kehilangan isyarat.

Credit 9M2CKG
Koordinat radiosonde terkini itu memudahkan misi pencarian dijalankan. Lihatlah kawasan misi pencarian yang berbalam-balam. Memerlukan kenderaan yang sesuai untuk memasuki kawasan ladang sebegini. Jalan kelihatan jarang digunakan menyebabkan ia dipenuhi rumput-rampai.

Credit 9M2CKG
Kawasan ladang ditanam pelbagai jenis spesies pokok bagi kajian masa hadapan. Muka bumi beraliran baik memaparkan pemandangan berbalam-balam nun jauh di sana. Awan memenuhi langit meredupkan kawasan persekitaran. Jikalau terlalu lewat pasti hujan akan turun di sebelah petangnya.

Credit 9M2CKG
Kelihatan laluan menurun hala ke koordinat belon. Laluan yang menghijau ini menggambarkan ia sangat jarang digunakan. Jikalau kereta yang digunakan pasti agak sukar berbanding pacuan empat roda. Lagipun kecerunannya agak tinggi. Nasib laluan masih kering. Bayangkan jikalau basah akibat hujan, pasti sukar untuk mendaki semula. Namun, semangat kental Naim 9M2CKG memandu seorang diri di persekitaran sebegini memerlukan keberanian dan pengalaman.

Credit 9M2ZAK
Koordinat yang diplotkan oleh Zak 9M2ZAK. Persekitaran kawasan belon mendarat menunjukkan permukaan bentuk muka bumi berbeza. Kawasan hijau yang ditemubuhi pokok manakala sebelahnya kawasan yang diterokai ditanam semula. Merujuk pada kontur pastilah ia merupakan kawasan yang berbukit.

Credit 9M2ZAK
Koordinat terkini dipinkan oleh Zak 9M2ZAK. Gambaran menunjukkan berada di sempadan kawasan tanaman atau hijau. Kawasan hijau berada di belakang Pusat Kajian ini.

Credit 9M2ZAK
Dua titik koordinat telah diplotkkan oleh Zak 9M2ZAK. Kedudukan lokasi terakhr ke  koordinat peranti terkini dengan jarak 220m. Kelihatan koordinat terkini berhampiran dengan laluan. Ini pasti memudahkan pencarian oleh Naim 9M2CKG.


Video memaparkan Naim 9M2CKG memandu jelopi menuruni laluan yang berkecerunan. Pemandangan kiri dan kanan kawasan tanaman kontan.


Video seterusnya menunjukkan Naim 9M2CKG telah berjaya tiba di lokasi pencarian. Kenderaan diletakkan di tepi laluan dan memasuki kawasan ladang sawit yang bercampur dengan tanaman lain. Persekitaran agak bersih memudahkan mencari peranti di kawasan tersebut.


Akhirnya peranti berjaya berada dalam genggaman Naim 9M2CKG. Ia berada di lantai tanah dengan benang tergantung dari atas pokok. Paparan video menunjukkan Naim 9M2CKG mencari kedudukan belon pula.

Credit 9M2CKG
Kedudukan peranti dan benang dilihat berdekatan sahaja dengan jelopi Naim 9M2CKG. Ternyata koordinat peranti berhampiran dengan laluan. Ini sangat memudahkan pencarian tanpa memerlukan berjalan jauh. Inipun satu rezeki yang dianugerah memudahkan misi pencarian memandangkan dilakukan secara seorang diri.


Video memaparkan kedudukan belon telah berjaya dikesan. Naim 9M2CKG menggunakan galah yang di bawa bagi menurunkan belon tersebut yang tergantung di atas pokok. Untunglah membawa galah bersama bagi memudahkan belon yang tersangkut dibawa turun.


Setelah berhempas-pulas menurunkannya, akhirnya berjaya turun belon tersebut. Mudahlah Naim 9M2CKG membawa pulang atas usaha yang telah dilakukan.

Credit 9M2CKG

Hasil pencarian berjaya dikumpul serta direkodkan oleh Naim 9M2CKG. Maka sahlah pencarian misi kali ini berjaya dilakukan secara solo. Hanya yang berani dan semangat kental sahaja sanggup mengharungi cabaran seorang diri ini. Selain itu, pastilah ilmu dan pengalaman sebagai bekalan bagi menyempurnakan setiap misi.

Credit 9M2CKG
Naim 9M2CKG bersama En. Azim bergambar kenangan sebagai bukti misi pencarian di kawasan beliau. Kerjasama yang diberikan oleh pihak Lembaga Koko Malaysia sangat dihargai kerana memberi kebenaran memasuki kawasan tersebut. Syabas dan Tahniah kepada Naim 9M2CKG berjaya menyempurnakan misi pencarian secara solo. Usaha tangga kejayaan!

73, Jojet de 9w2dya

Sumber Group Whatsapp

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...