Belon muncul di Laut China Selatan Radiosonde DFM09P 19026319


 Pagi ini muncul lagi belon terbang di Laut China Selatan menghala ke daratan antara Kerteh dan Kijal, Terengganu. Radiosonde DFM09P 19026319 jam 7:13 pagi altitud ketinggian 27809m. Hanya menerima isyarat ke stesen radiosonde sebelah selatan sahaja setakat ini.

Masih menjadi tanda tanya pihak mana yang melepaskan belon ini. Ia muncul dari tengah lautan luas.


Frekuensi yang boleh dipantau adalah 402.871MHz. Wah! isyarat dapat diterima dari Bangi. Readbility 5/9 dengan baik sekali pada altitud lebih 32000m. Bunyi tetap seperti DFM-17 juga untuk DFM09P ini.


Jam 7:32 pagi telah mencapai altitud ketinggian 33086m. Isyarat dari Bangi telah terputus senyap terus. Selain belon Kuantan, ini merupakan belon yang paling jauh dapat diterima isyaratnya dari Bangi. Merujuk kepada laman sesawang Sondehub isyarat turut terhenti pada jam 7:34 pagi. Ia terhenti pada altitud ketinggian 33866m. Koordinat 4.40672 darjah Utara dan 104.26219 darjah Timur.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

9M2OCX Berjaya Dapat Lesen Ozonsonde

  Petang tadi Arul 9M2OCX berjaya menemui ozonsonde yang jatuh di Simpang Morib. Ozonsonde 1032405023 telah jatuh jam 13:17 Koordinat 2.7833...