Pagi ini telah dilancarkan belon altitud tinggi (HAB) dari Singapura. Stesen 9V1UP-11 dilepaskan dari West Coast Park. mengikut jadual ia dilepaskan pada ja 6:45 pagi. Aku mula memantau pada jam 7:23 pagi seperti tangkap layar diatas. Ketika itu, telah terbang ke aras 2790m bergerak dari tapak pelepasan menghala ke arah utara.
Pada jam 7:37 pagi telah mula bergerak ke arah barat. Altitud ketinggian mencapai 5425m bergerak dengan kelajuan 28km/j. Berat payload bagi BEAR-5 adalah 200gram. Ballon Experiment with Amateur Radio atau BEAR-5 satu kaedah mengkaji pergerakan belon HAB menggunakan APRS. Selain itu, mode SSTV turut dijalankan dengan frekuensi 145.500MHz. Sebenarnya dalam radio amatur banyak uji kaji dapat dilakukan bagi mendapat hasil yang lebih memuaskan. |
Credit 9W2VDN |
|
Credit 9W2VDN |
|
Credit 9W2CEI |
|
Credit 9W2CEI |
|
Credit 9W2CEI |
Jam 10:22 pagi Sufian 9W2SGJ dalam videonya sedang mendekod isyarat sstv dari 9V1UP-1. Isyarat dari base stesennya di Bukit Changgang, Banting diterima dengan baik melalui frekuensi 145.500MHz
|
Credit 9W2SGJ |
Imej sstv yang berjaya didekod oleh Sufian 9W2SGJ menggunakan aplikasi Robot36.
|
Credit 9W2SGJ |
Isyarat terakhir pada altitud 13134m berakhir jam 10:27 pagi. Kedudukannya berada di barat laut Pulau Karimun besar. Pasti BEAR-5 kali ini jatuh ke dalam laut seperti BEAR-4 pada 5 Mac 2022 yang lalu. BEAR-3 berjaya diselamatkan oleh rakan kita Faizal 9W2DVZ hujung tahun lepas.
|
Credit 9W2CLA |
Kelihatan stesen 9V1UP-11 berjaya diterima oleh Igate 9W2CLA di KV Sepang. Jaraknya 239.17km pada jam 9:06 pagi.
Video rakaman penerimaan isyarat SSTV di frekuensi 145.500MHZ semasa bermobile oleh Zairi 9W2PEF di Kuantan.
No comments:
Post a Comment