Tidak boleh ambil gambar!


 Hari kedua berturut berjaya melancarkan misi memburu batu tanda aras. Ahad bertarikh 28 Januari 2024 meneroka kawasan Hulu Langat pula. Usai urusan peribadi di Bandar Baru Bangi terus ke arah Semenyih. Masuk melalui Setia Alamsari keluar melalui Serene Height merupakan jalan pintas ke Semenyih.


Masuk laluan FT31 di Batu 3 Bangi mata mulalah melilau mencari batu tanda. Jangkaanku mesti berada di Balai Raya Kampung Sungai Purun. Ternyata telahanku benar. Batu tanda aras sememangnya berada dalam kawasan tersebut. BM#37 nombor siri B 0963 lokasi Balai raya Kg Sg Purun.


Batu tanda aras berada dalam kawasan berpagar Balai Raya Kg Sg Purun, Semenyih. Koordinat bagi BM#37 nombor siri B 0963 adalah 2.933530 darjah Utara dan 101.832218 darjah Timur.


Pencarian diteruskan melalui Jalan Sungai Lalang  laluan B19. Tiba Pekan Semenyih belok ke kiri arah Kajang. Kemudian di lampu Isyarat belok ke kanan pula di Jalan Sungai Lalang. Bermula laluan ini mata sudah mula melilau kiri dan kanan bahu jalan.


Batu pertama berada di Masjid Kariah Kampung Pasir Baru. Pada mulanya meninjau di Klinik Desa Sg Lalang tetapi tiada kelibat dilihat. Rupanya hadapan sedikit lagi berada di depan masjid sahaja.


Tapi, sayangnya plat nombor siri telah dicabut ataupun hilang entah ke mana. Hanya tinggal paku atau skru sahaja pada bahagian tengah batu.

Namun rezeki tetap tertulis. Nombor siri berada bertentangan batu tertulis B2316. Betullah format nombor siri bermula dengan huruf mengikut negeri diikuti dengan empat angka. Huruf 'B' merupakan abjad bagi negeri Selangor.



BM#38 nombor siri B2316 berada di sebelah pintu masuk masjid. Ini juga merupakan klu bagi mencari batu tanda aras selain Balai Polis, Balai Raya serta Klinik Desa. Koordinat bagi BM#38 nombor siriB2316 adalah 3.003531 darjah Utara dan 101.871124 darjah Timur.


Kemudian perjalanan diteruskan ke arah Pekan Batu 18 Hulu Langat. Memasuki kawasan Empangan Semenyih laluan bengkang-bengkok menjadi kegemaran penunggang motorsikal. Menghampiri km 19 berjaya mengesan batu tanda aras di hujung penghadang jalan.


Alamak! plat nombor siri turut hilang lagi sekali.Tiada pula spray nombor siri di tepi longkang bertentangan. Jadi, tak dapatlah nak rekod nombor siri bagi BM#39 menghampiri km 19 Pekan Batu 18.
Batu tanda aras yang kedua direkodkan kehilangan plat nombor siri.


Pemandangan arah ke Pekan batu 18 Hulu Langat. Kereta diletakkan ditepi bahu jalan sebelah kiri. Perlu melintas jalan untuk ke arah BM#39 ini. Koordinat bagi BM#39 adalah 3.085017 darjah Utara dan 101.886504 darjah Timur.


Menghampiri km 16 terdapat satu lagi batu tanda aras di tepi longkang sebelah bahu jalan. Terus berhenti kereta di bahu jalan. Berpatah balik berjalan kaki untuk ke batu.


BM#40 nombor siri B 2416 km 16 empangan Semenyih tidak hilang platnya. Boleh dilihat simen menutup sebahagian atas pasti sukar untuk dicungkil. Koordinat 3.099858 darjah Utara dan 101.898670 darjah Timur.


BM#40 nombor siri B 2416 berada di tepi longkang dan tebing bukit yang di penuhi resam. Batu Tanda jalan laluan B19 turut berhampiran. Pemandangan hala ke Pekan Batu 18 Hulu Langat. Jalan persekitaran empangan Semenyih mempunyai bahu jalan berumput yang luas. Selamat untuk kereta diletakkan. Trafikpun kereta jarang sangat kelihatan tapi awas pemanduan agak laju.


Seterusnya memandu ke hadapan lagi telah jumpa batu tanda aras di sebelah bahu kanan jalan. Berhenti di tempat selamat dan melintas untuk ke batu lagi.


BM#41 nombor siri B 0525 di hujung penghadang jalan. Agak jauh juga menapak untuk ke batu bagi meletakkan kereta di tempat yang lebih selamat. Jadi mata perlu melihat kiri dan kanan bahu jalan bagi mengesan batu tanda aras. Koordinat BM#41 nombor siri B 0525 adalah 3.102814 darjah Utara dan 101.904095 darjah Timur.


BM#41 nombor siri B 0525 mempunyai tiga angka. Kemasan nombor plat terserlah. Tertera Jabatan  Ukur dan Pemetaan serta tulisan Batu Aras. Perasan batu lama tulis Batu Aras manakala yang baru tulis Tanda Aras. Maksud kedua sama sahaja.


Pemanduan seterusnya hingga ke simpang Kampung Orang Asli Donglai Baru. Kelihatan batu tanda aras seterusnya berdekatan dengan pencawang elektrik TNB.


BM#42 simpang masuk Kg Orang Asli Donglai Baru berdekatan dengan pencawang elektrik TNB. Pemandangan jalan menghala ke Pekan Batu 18. Persekitaran bersih dan dijaga dengan baik.


BM#42 nombor siri B 2418 berturutan dengan BM#40 nombor siri B 2416. Koordinat 3.114670 darjah Utara dan 101.911591 darjah Timur.


Plat nombor siri turut seperti pernah disapu cat berwarna biru firus. Sudah menjumpai batu tanda aras yang ada kesan cat seperti ini. Tidak pasti punca diperbuat sedemikian rupa. Pasti ada alasan yang tersendiri.



Melepasi simpang Kuala Klawang masuk ke kiri. Hala ke Kuala Klawang di halang susunan tembok batu. Kerja-kerja pembaikan cerun masih sedang dijalankan. Pengguna perlu berhati-hati ketika melalui laluan ke Kuala Klawang ini. Pemanduan melalui Kampung Sungai Lui. Terlihat batu tanda aras di bawah pokok durian. Batunya juga sudah membusut. Pasti ia akan ditelan oleh busut anai-anai ini jika tidak diselenggara.



BM#43 nombor siri B 2257 di Kampung Sungai Lui. Koordinat 3.156160 darjah Utara dan 101.899442 darjah Timur.


Kereta diletakkan dihadapan sedikit kerana selamat untuk diparkir. Berjalan berpatah balik bukanlah menjadi satu masalah yang besar. Kawasan kebun buah-buahan yang agak kemas membolehkan batu tanda aras mudah dilihat.


Seterusnya singgah semula di Masjid Ar-Rahman Sungai Lui untuk mendapatkan koordinat bagi batu tanda aras. Pertama kali menemui batu ini pada 14 januari 2024 bersama harmonic. Ketika itu, lupa untuk mengembil koordinat. Alang-alang sudah lalu di kawasan ini maka teruslah singgah semula.


Batu tanda ini milik Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Nombor siri pada plat adalah JMG.B.HL/02 bertarikh 2 Oktober 2020. Koordinat 3.165067 darjah Utara dan 101.880881 darjah Timur. Jika terjumpa batu seperti ini lagi pasti menyeronokkan.


Keluar dari masjid terus menghala ke Pekan Batu 18 Hulu Langat. Tiba hadapan Kampung Batu 20 Sungai Lui seberang sana terlihat batu tanda aras sebelah longkang. Meletak kereta hadapan Balai Raya. Kemudian terus melintas ke seberang jalan yang terdapat batu tanda aras.


BM#44 nombor siri B 2354 Kampung Batu 20 Sungai Lui. Batu ini bersebelahan longkang berhadapan rumah orang.


Pemandangan batu tanda aras BM#44 nombor siri B 2354 arah Sungai Lui. Hadapan itu merupakan jalan masuk rumah orang. Koordinat 3.168358 darjah Utara dan 101.876954 darjah Timur.


Seterusnya singgah di kedai runcit dekat kolam air panas Kg Jawa. Beli bekalan air dan sebungkus roti buat tekak. Tidak beberapa meter di Masjid Kg Jawa terlihat batu tanda aras.


BM#45 nombor siri B 0518 di Masjid Kampung Jawa. Lokasi berhampiran tembok masjid mudah dikesan.


Terdapat calitan cat biru seperti warna tembok masjid yang baru dicat. Nasib baiklah batu ini tidak turut dicatnya. Pasti sudah serupa tembok masjid juga. Pemandangan arah Sungai Lui. Koordinat BM#45 di Masjid Kg Jawa adalah 3.167076 darjah Utara dan 101.852867 darjah Timur.


Seterusnya menghala ke Pangsun. Jumpa batu TBM di dalam Stesen Kawalan Banjir Negeri Selangor. Phak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor turut mempunyai TBM batu arasnya dalam stesen ini. Nombor stesen 3218101 serta nama stesen adalah TNB Pangsun.


Sungai Langat yang jernih dan mengalir deras di bahgian hulu dekat Pangsun ini. Pasti sejuk ketika berendam walaupun seketika. Ia bersebelahan dengan Masjid Pangsun sahaja.


Air mengalir deras dicelah-celah longgokan batu-batu sungai menghasilkan arus yang lebih deras. Ada laluan tangga boleh turun untuk menikmati kedinginan dan kederasan sungai Langat ini. Pemandangan diambil dari jambatan Masjid Pangsun.

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...