Batu Tanda 0 km Kampung Chennah

 


Pada hari semalam telah berjaya menjejak batu tanda km 0 Kampung Chennah N25. Pergi bersama harmonic berdua bersarapan di Semenyih terlebih dahulu. Selepas bersarapan terus menghala ke Beranang. Sebelum tiba Beranang belok kiri menghala ke Bandar Seri Senangin dan terus ke Lenggeng. Tiba Pekan Lenggeng masuk kiri menghala ke Pantai.


Batu tanda Pantai N30 dari Lenggeng jalan sebelah kanan. Terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan dan melintas jalan ke hadapan sedikit untuk mengambil gambar. Semasa ke sini, beberapa motorsikal berkuasa besar memotongku. Kemudian masuk ke kiri menghala ke Kuala Klawang.


Perjalanan diteruskan mendaki sebelum menemui batu tanda Kuala Klawang FT86 berhampiran stesen minyak. Terlihat segerombolan kumpulan bermotosikal tadi sedang berkumpul di situ. Terpaksa masuk ke kiri berhadapan kedai untuk meletakkan kereta dalam keadaan selamat. Melintas jalan ke batu tanda  di bahu jalan menghala  ke Kuala Klawang dari arah Seremban.


Kemudian berpatah balik menghala ke Pekan Kuala Klawang terus ke Titi. Batu tanda Kuala Klawang N32 di bahu jalan dari arah Titi. Kereta diletakkan di bahu jalan. Melintas ke arah batu tanda dan mengambil gambar. Selesai bergambar, melintas ke kereta. Teruskan perjalanan ke Kampung Chennah. Singgah mengisi minyak terlebih dahulu. Mengikut perancangan perjalananan akan kembali semula ke Semenyih melalui Genting Peres.


Usai isi minyak perjalanan diteruskan ke Kg Chennah. Masuk simpang yang kedua terus ke Jeram Gading. Ada beberapa kereta telah diletakkan di kawasan persekitaran menandakan ada pengunjung berkelah di situ. Kami main-main air sahaja sambil menikmati deruan air jeram yang mengasyikkan.


Puas menikmati deruan air yang sejuk Sungai Kongkoi terus menghala ke Kg Chennah melalui jalan berliku-liku. Terus jumpa bulatan dan Balai Polis. Batu tanda 0 km ditepi jalan dari Titi. Kalau masuk simpang pertama tadi memerlukan 14km untuk tiba. Mengambil jalan utama lebih cepat kerana laluan yang lebih lurus.


Selepas bergambar singgah ke kedai runcit untuk membeli bekalan minuman. Masuk semula jalan yang lalu tadi hingga berjumpa batu tanda Kongkoi N25 berdekatan jambatan Sg Kongkoi. Meletak kereta di tepi jambatan serta bergambar. Keluar semula ke jalan besar menghala ke Hulu Langat. Genting Peres dilalui yang kini amat lengang sejak banjir besar beberapa tahun lalu. Kerja-kerja pembaikan cerun bukit giat dijalankan kesan akibat tanah runtuh ketika itu.


Seterusnya menghala ke Air Terjun Sungai Gabai. Kelihatan banyak kereta berdekatan pintu masuk. Kawasan air terjun macam tutup. Ramai pengunjung bermandi-manda dan berkelah ditanah persendirian yang dikenakan sedikit bayaran. Berpatah balik dan terlihat seekor kuda sedang asyik meragut rumput.


Kemudian keluar semula ke jalan besar untuk solat zohor pula. Singgah di Masjid Ar-Rahman Sungai Lui. Terlihat batu tanda aras di kawasan lapang tempat letak kereta berhampiran penjuru pagar. Tanpa berlengah terus mendekati dan mengambil gambar.



Batu tanda aras ini dimiliki oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Tertera pada plat aluminium di atas batu ini. Nombor siri JMG.B.HL/02 bertarikh 2 Oktober 2020.


Selepas solat zohor, terus Sg Peredek mencari taman haiwan. Harmonic suka sangat memberi haiwan makan dan bermain dengan haiwan-haiwan yang ada. Jadi berpusinglah mencari hingga ke Pangsun. Hulu Langat terkenal dengan tempat perkelahan dan bermandi-manda di sugai-sungai yang mengalir deras dan jernih sahaja.


Berpatah balik ke Kg Jawa Batu 18 untuk menikmati makan tengah hari yang agak lewat. Pastilah Bahulu Classiq menjadi tumpuan. Selain kuih tradisional tersebut beberapa hidangan makanan turut boleh dipesan. Kami memesan nasi ayam penyet kerana telah kelaparan.


Kenyang makan perjalanan diteruskan ke Aqilee Agro Farm Resort yang berhampiran. Memandu berpandukan google map membawa kepada kawasan kebun durian. Tiba di sana hanya pintu pagar bertutup sahaj menyambut kami. Oh! ini bukanlah tempat yang harmonic ingin cari.


Akhirnya terus memandu balik ke Semenyih untuk pergi Semenyih Ecoventure Resort & Recreation. Pergi ke kaunter tiket untuk ke petting zoo. Dewasa bayaran RM15 serta kanak-kanak RM10 sahaja.




















No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...