Belon Kuantan radiosonde Wxr yang pertama tahun 2024

credit 9W2FVC

 Belon Kuantan pada hari ini berjaya menjadi belon sulong bagi tahun 2024. Cikgu Naim 9M2CKG berjaya menemui belon Kuantan pada siang tadi. Radiosonde WxR-301D 2302103733 telah jatuh jam 9:24:38 pagi. Altitud ketinggian terakhir 162m dan altitud maksimum adalah 29,463m.

credit 9M2CKG

Jarak yang akan dilalui oleh Cikgu Naim 9M2CKG sejauh 8.6km untuk ke titik akhir belon Kuantan jatuh. Perjalanan memakan masa selama 9 minit sahaja. Selepas mengetahui koordinat belon jatuh, kita boleh setkan koordinat tersebut pad Google Map. Hasilnya boleh mengetahui lokasi, jarak dan masa ke tempat tersebut.

credit 9M2CKG

Lokasi ladang kelapa sawit seperti kebiasaannya disekitar Jengka.

credit 9M2CKG

Longgokan batu dan tanah menghadap laluan. Papan tanda Lembu turut kelihatan. Pastilah bintang ternakan dilarang berkeliaran disekitar ladang kelapa sawit tersebut.
credit 9M2CKG
Hasil penemuan belon berada 20m dari titik akhir ke arah tenggara.

credit 9M2CKG
Peranti WxR-301d jatuh dikawasan rumput yang menghijau.

credit 9M2CKG

Belon pula ditemui berhampiran pengumpulan pelepah sawit mati. Tahniah! kepada Cikgu Naim atas kejayaan menjumpai Oppa bagi tahun 2024 selepas 11 hari Tahun Baharu. Sudah pasti selepas ini, giliran belon tempat lain pula akan mendarat menjadi buruan.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...