Batu Tanda Dengkil


 Selepas menghadiri Majlis Apresiasi murid tingkatan 5 terus ke masjid untuk solat zohor terlebih dahulu. Kemudian terus memandu ke Batu 14 Puchong mencari Pejabat Pos tetapi tidak diketemui. Merujuk kepada maklumat group FB ia berada di Pusat bandar Puchong. lain kali boleh cuba lagi. Setelah beredar dari Puchong baru teringat pautan lokasi tersebut.


Seterusnya memandu hingga ke Cyberjaya melalui Bukit Puchong. Terus keluar Cyberjaya masuk ke Dengkil. Berjaya menemui batu tanda 1 km ketika menghala ke Pekan Dengkil. Berhenti kereta berhadapan kedai tayar. Kemudian jalan ke hadapan sedikit untuk mengambil gambar.


Batu tanda Dengkil FT214 dari arah Cyberjaya menghala ke Pekan Dengkil. Kemudian memandu ke arah Bangi. Ada batu tanda tetapi tidak tertulis Dengkel, sebaliknya Banting tertera. Berpatah balik ke arah Banting. Sebelum itu, singgah di kedai serbaneka untuk membeli bekalan air. Kemudian meletak kereta berhampiran Balai Bomba. Berjalan berpatah balik bertentangan dengan gerai minuman terlihat batu tanda Dengkil FT31 dari arah Banting.



Selepas bergambar berpatah balik ke kereta menuju ke Bukit Changgang. Tiada sebarang batu tanda ditemui kawasan sekitar. Terus pula ke Salak tinggi dan keluar ke Kota Warisan. Masuk ke kanan ke jalan Bangi. Kemudian masuk jalan lama Jenderam Hilir. Singgah solat asar di masjid Jenderam Hilir.



Jejak stesen 9W2DYA-5 dari Kota Warisan hingga ke Bandar Baru Bangi melalui Limau Manis laluan B13. Laluan lama B13 Limau Manis ke Sungai Merab tidak ditemui batu tanda 1km. Kemudian singgah kedai makan bagi mengisi perut yang lapar.

Hanya dua batu tanda yang diperolehi pada kali ini. Ada kelapangan boleh cari lagi. Jumpa dan jumpa lagi.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde RS41-SGP T4040282 di Selat Melaka

  Ahad pagi semalam radiosonde RS41-SGP T4040282 telah muncul di Selat Melaka. Kemungkinan dilepaskan dari Lumut oleh pihak berkuasa keselam...