Hari terakhir cuti sekolah hari ini sempat mencari belon KLIA bersama Zahrin 9M2MDZ di Kampung Jijan. Belon yang terhampir dengan base stesen kami. Rugi rasanya jika tidak menjenguk kerana lebih hampir dengan Nilai dan Bangi.
Radiosonde 2405016045 ini telah jatuh pada 20 Disember 2024 jam 21:26 malam. Koordinat 2.7534 darjah Utara dan 101.78189 darjah Timur. Altitud ketinggian akhir 195m dan ketinggian maksimum 26,823m. Sembilan hari telah berlalu hadir mencuba nasib pada kali ini.
Berpakat terus jumpa berhampiran lokasi kejadian berdekatan dengan asrama sebelah SRITI Jijan. Sampai lokasi terus meletakkan kereta bersebelahan asrama tersebut. Zahrin 9M2MDZ telah sampai awal dan meninjau lokasi sekitar bersama kuda besi. Selepas itu kami bertemu dan meletakkan kenderaan di situ sahaja. Jarak berbaki kurang 50m ke titik akhir.
Seterusnya bergerak ke titik jangkaan Sondehub. Terpaksa melintasi parit kering dengan berhati-hati. Belakang asrama tersebut merupakan kawasan lapang yang berumput. Melepasi parit merupakan kebun kelapa sawit. Melihat sekeliling titik jangkaan tiada tanda peranti dapat ditemui. Kemudian melangkah parit semula untuk ke titik akhir pula. Lokasinya di belakang asrama yang berumput agak semak sedikit. Kamipun mencari disekelilingnya pun turut tiada.
Puas mencari di sekitar titik akhir bergerak turun semula ke kawasan titik jangkaan. Aktiviti pencarianpun bermula. Zahrin 9M2MDZ memulakan dengan masuk ke kawasan pokok-pokok tinggi di hadapan titik jangkaaan. Penulis pula mencari di tanah lapang yang bersemak di hadapan kawasan pokok tinggi tersebut. Habis semua semak rumput menghijau dipijak bagi memudahkan pencarian dijalankan.
Cuaca agak panas, matahari tegak atas kepala. Sekali-sekala redup awan mega melindungkan cahaya tersebut. Awan semakin menebal tetapi tetap terik juga. Bergerak hingga tebing Sungai Jijan. Ada sebatang pokok durian yang tengah berbunga. Melihat-lihat jikalau ada benang tersangkut. Rumpun pokok pisangpun ada di situ tetapi tetap tidak jumpa jua.
Bergerak dari pokok durian mencari lagi ditengah padang rumput bersemak sekali lagi. Pusing sana pusing sini tetap tidak nampak kelibat. Kemudian mencari di kawasan pokok kelapa sawit yang kawasan lebih luas lagi. Penulis pula mencari di kebun bunga kantan pula. Bergerak hingga ke tebing sungai sekali lagi. Terdapat rumpun pokok bunga kantan telah terhakis pada tebing sungai tersebut. Jatuh ke bawah aliran sungai. Kawasan tersebut masih tiada juga.
Puas mencari kawasan pokok bunga kantan, kembali ke kawasan padang sekali lagi. Mencari di bahagian lain pula. Selepas sudah hampir penat. Terus bergarak masuk ke dalam kawasan pokok-pokok tinggi. Sebenar ada baris pokok sawit di sini. Tuan punya tanah membiarkan pokok-pokok liar tumbuh meninggi. Bahagian lantai sangat bersih dan tidak bersemak. Ini memudahkan pergerakan walaupuan suasana di bawah pokok itu redup dan gelap kerana kanopi menutup langit.
Sedang asyik berjalan bawah pokok, terlihat peranti di atas tanah. Terus memaklumkan pada Zahrin 9M2MDZ sudah jumpa!. Ketika itu beliau dekat titik jangkaan sahaja. Tidaklah jauh sangat lokasi jumpa dari titik jangkaan tersebut. Padahal pada awal pencarian tadi Zahrin telah melalui kawasan tersebut. Mungkin sudut pandangan yang berbeza menyebabkan pandangan tertutup dan tidak nampak. Mencari pelbagai arah dan sudut turut dapat membantu. Itulah pentingnya semangat kerjasama berpasukan.
Mencari secara berkumpulan lebih cepat mendapat kejayaan berbanding secara seorang diri. Pemerhatian lebih luas diberi kerana pencarian lebih ramai. Fokus lebih terarah dan keputusan dapat diperolehi dengan lebih singkat. Segala permasalahan dapat dibincang serta strategi baru dapat dikeluarkan. Tindakan seterusnya mengikut perkara yang dipersetujui bersama.
Credit 9M2MDZ |
Radiosonde 2405016045 dalam genggaman penulis. Pastilah rasa seronok dan puas hati setelah bersusah payah akhirnya mendatangkan hasil. Kerjasama berkumpulan pastilah menjadi faktor utama dalam misi SAR pada kali ini. Belon tersangkut atas pokok memerlukan benang dipotong pada peranti. Selesai kerja menggulung benang terus kami beredar ke kenderaan semula.
Jejak penulis semasa pencarian menggunakan jam Garmin tactical. Jarak dari titik akhir ke tebing Sungai Jijan adalah 110m. Manakala jarak peranti dijumpai ke titik akhir adalah 41.1m bagi altitud ketinggian terakhir 199m.
Credit 9M2MDZ |
Zahrin 9M2MDZ turut mengukur jarak dari titik akhir ke belon yang dijumpai adalah 40.27m. Manakala Penulis menggunakan aplikasi GPS Waypoint Finder telah merekodkan jarak 41.1m.
Credit 9M2MDZ |
Seterusnya mengukur titik jangkaan ke belon yang dijumpai adalah 19.42m. Selepas ini bolehlah menggangarkan lebih 20m dari titik jangkaan. Namapun jangkaan sahaja mungkin tepat atau sebaliknya. Apa yang pasti? perlu menambah jarak mencari ke hadapan lagi. Sememangnya titik jangkaan ini sangat berguna sebagai panduan belon mendarat.
Selepas bergerak dengan kenderaan, hujanpun mula turun. Kami lepak ke kedai mamak sebelah Mydin Kota Seriemas. Mengisi apa yang patut sambil membuat refleksi misi SAR sebentar tadi. Selesai sesi bola mata ini, terus pulang ke destinasi masing-masing.
Selamat Memburu!
Jumpa dan jumpa lagi.
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment