Pada hari ini merupakan hari terakhir Program Rancakkan Madani Bersama Malaysia di Putrajaya. Ramai pengunjung hadir memeriahkan setiap pelusuk ruang pameran di dalam khemah mahupun luar. Bermula pada 5 Disember 2025 dan berakhir pada hari ini 7 Disember 2025. Pelbagai agensi kerajaan telah melibatkan diri dalam pelbagai program serta pameran.
Meletak kereta di kawasan letak kereta berhampiran dengan lokasi program. Bertemu dengan ruang pameran Jabatan Kastam terlebih dahulu. Terdapat sebuah bot kastam turut di pamerkan kepada pengunjung. Boleh naik bot tersebut untuk meliat keadaan dek nya. Pelbagai kenderaan Kastam turut di pamerkan di luar khemah.
Kemudian masuk ke dalam khemah bagi melihat pameran seterusnya. Pelbagi maklumat di sampaikan serta diberi penerangan oleh Pegawai yang bertugas. Bahan-bahan yang diseludup seperti mercun dan kain batik turut dipamerkan. Ada satu yang telah diubahsuai untuk menyimpan mercun di dalam tayar tersebut.
Keluar khemah giliran Pasukan SMART. Terdapat dua bot SMART dipamerkan. Berkunjung ke khemah NADMA ada jualan lencana dan pemegang kunci. Berminat boleh di bawa balik sebagai kenangan. Penulis lebih tertarik alat komunikasi ketika operasi mencari dan menyelamat.
Penggunaa dron bagi mendapat gambaran dari atas langit yang lebih jelas. Pasti mangsa-mangsa bencana dapat dilihat gerak-gerinya. Aktiviti menyelamat di kawasan tinggi turut dipamerkan peralatan yang perlu ada. Sistem takal serta tali kernmental yang digunakan pastilah mengikut standard keselamatan antarabangsa.
Alat pemotongan kerja menyelamat situasi struktur yang tumbang atau runtuh. Pelbagai peralatan ini mempunyai fungsi dan peranan dalam memotong, menggerudi atau memecahkan konkrit. Penulis tertarik alat pengesan haba yang digunakan menyelamat mangsa terperangkap di bawah runtuhan. Kamera yang halus dan kecil turut dihulurkan ke kawasan sempit bagi mendapat gambaran sebenar suasana di balik batu tersebut.
Seterusnya ruang pameran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Penulis tertarik dengan konsol radio komunikasi yang digunakan APM. Pengunjung boleh cuba berkomunikasi bagi mendapatkan laporan dari Pusat Kawalan Operasi Daerah Putrajaya. Skrip untuk berkomunikasi ada disediakan. Hanya baca dan mendengar laporan yang disampaikan secara langsung tersebut. Radio tersebut menggunakan sistem GIRN yang dikendalikan oleh Sapura.
Dron milik APM bagi misi menyelamat mangsa-mangsa bencana atau kemalangan. Sudah pastilah penggunaan dron ini sangat membantu tugas mencari dan menyelamat. Membantu memberi gambaran sebenar kawasan persekitaran seterusnya dapat mengesan kedudukan mangsa.
Terdapat dua set gobox GIRN tersebut. Bagi pengendali radio amatur penggunaan gobox sudah pastilah memudahkan peralatan radio di bawa ke mana-mana sahaja. Stesen portable didirikan bagi memudahkan aktiviti komunikasi kecemasan dijalankan ketika bencana. Tiada pula kelibat rakan ham yang penulis kenali dalam kalangan anggota APM kali ini. Rasanya ramai anggota APM di situ ada isyarat panggilan radio amatur namun penulis tidak mengenali mereka.
Trak APM menjalankan aktiviti flying fox bagi anak kecil mencuba keberanian menuruni titik tinggi ke bawah. Aktiviti elemen tali tinggi baik menguji keberanian dan kekuatan mental juga. Aktiviti menyelamat di kawasan tinggi dan tebing menggunakan tali perlu peralatan dan kemahiran yang khusus. Penggunaan peralatan teknologi tinggi pastilah memudahkan kaedah menyelamat.
Bersebelahan APM merupakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jentera-jentera merah ini memberi peluang pengunjung untuk mengetahui lebih mendalam tentang fungsi setiap jentera. Kelihatan ada ular sawa juga tadi. Pengunjung kelihatan tidak takut bergambar.
Peralatan menyelamat menggunakan elemen tali terutama mangsa jatuh di kawasan tebing tinggi mahupun gaung. Sistem takal yang baik dan mempercepatkan menarik disamping selamat digunakan. Teringat masa kursus level 3 Rekreasi Luar di Jeli dahulu membuat aktiviti menyelamat menggunakan elemen tali seperti ini. Anchor menggunakan pokok di kawasan persekitaran gaung tersebut. Tidak menggunakn tiang atau pole seperti ditunjukkan.
Bot dingi yang mempunyai kuasa enjin yang tinggi untuk sampai menyelamat dengan cepat. Pergerakan pantas ini membolehkan anggota tiba dengan lebih awal. Pasukan menyelamat air sangat perlukan dingi ini untuk bergerak ke sesuatu lokasi. Aktiviti Pendidikan Luar yang penulis ikuti turut memberi peluang mempelajari membawa bot dingi ini.
Kenderaan milik Maritim Malaysia yang turut terlibat dalam pameran kali ini. Mobile surveillance fungsi radar menjaga perairan negara. Aset ini boleh digerakkan bagi mendapat liputan radar dengan pantas ke mana sahaja.
Penulis jangkakan hanya ada pengesan radar di Rumah Api sahaja. Rupanya yang mobile turut dimiliki bagi menggerak aset ini bagi mengawal kuasa maritim negara. Terutamanya aktiviti pencerobohan pendatang asing serta aktiviti penyeludupan di sempadan negara juga. Elok juga dipamerkan, membolehkan rakyat tahu aset yang dimiliki oleh agensi penguatkuasaan negara.
Barulah memasuki kawasan pameran aset tentera. Banyak jentera tempur kereta kebal turut di pamerkan. Setiap aset menjadi tarikan untuk bergambar kenangan. Golongan kanak-kanalah yang paling seronok. Mereka cuba memasuki bagi merasai susana dalam kenderaan tersebut. Mana tahu suatu masa nanti mereka inilah akan mewarisi para anggota keselamatan masa hadapan.
Kereta kebal teknologi moden sangat perlu dimiliki negara. Teknologi pertempuran zaman digital ini sangat canggih. Semua menggunakan teknologi moden terkini seiring dengan perkembangan zaman. Aset buruk yang ketinggalan sudah pastilah tidak dapat memberi prestasi pertahanan negara dengan baik.
Antena parabolik dari kenderaan komunikasi Rejimen Semboyan. Trak komunikasi digunakan semasa operasi di luar. Perhubungan antara pasukan amat penting agar segala info dapat diberi dengan tepat tanpa diketahui musuh.
Sebelahnya pula kenderaan pacuan empat roda bagi komunikasi satelit pula. Seiring dengan teknologi satelit yang meluas kini. Pihak tentera juga mempunyai aset mengendalikan komunikasi pelbagai teknologi termasuklah penggunaan satelit. Maka, tenaga kerja profesional yang berketrampilan tinggi amat diperlukan. Ini kerana teknologi digital kini memerlukan pengetahuan dan kelayakan yang sesuai bagi mengendalikan radas yang canggih ini.
Suasana dalam kenderaan tersebut. Peralatan radas yang terdapat dalam kenderaan tersebut kelihatannya mode digital gayanya. Ada tracking receiver di situ sudah pastilah menjejak satelit yang diguna pakai. Perlumbaan teknologi dalam ketenteraan juga sangat pesat. Siapa lambat pasti ketinggalan dengan perkembangan teknologi terkini.
Cakera atau dish atau orang kampung panggil kuali yang ada pada setiap rumah. Namun, yang ini lebih lebar diameternya membolehkan band yang lebih besar capaiannya. Tak pasti band apa yang digunakan bagi komunikasi satelit ini. Kuali kat rumah Ku-band bagi Measat.
Kenderaan pembawa 81 mm mortar yang berkeupayaan memberi bantuan tembakan tidak langsung sehingga jarak 6,200m. Tahun berkhidmat pada 2023. Lima orang kru boleh dimuatkan dalam kenderaan ini. Sekali pandang macam kenderaan biasa sahaja. Rupanya ia membawa mortar. Satu lagi pengetahuan baharu yang dapat diperolehi.
Meriam yang ditarik oleh Kenderaan Pembawa Mortar (KPM). Meriam antara senjata menarik minat ramai juga. Ada pelbagai saiz dan bentuk.
Mungkin mortar ini ada terlibat dalam Latihan Kuasa Tembakan di Gemas yang lalu. Penulis hanya berjaya temui satu radiosonde sahaja daripada beberapa siri belon yang dilepaskan. Apakah kaitan belon kajicuaca dengan tembakan meriam ini. Ketika latihan tersebut beberapa belon kajicuaca telah dilepaskan. Model radiosonde adalah yang biasa digunakan oleh pihak tentera.




.jpg)
.jpg)









.jpg)








No comments:
Post a Comment