Ladang Rusa Dengkil


 Ladang Rusa Dengkil terletak di Kampung Sungai Buah. Terdapat lima buah kandang disediakan dan satu kandang kambing pigmy. Terdapat juga kedai makan untuk pengunjung makan.


Masuk adalah percuma. Sebakul makanan rusa berharga RM5 sahaja. Bakul tersebut mengandungi roti buku dan daun.


Tiada bayaran masuk dikenakan. Hanyalah bayaran sebakul makanan rusa sahaja yang ada. Terdapat lima kandang rusa di ladang ini.


Kelihatan ladang ini merupakan kebun durian di tepi bukit. Setiap ladang yang berpagar ini telah botak rumputnya akibat diragut. Hanya ada beberapa batang pokok durian yang masih utuh.


Rusa berebut apabila Damia menghulurkan daun. Pelbagai peringkat umur rusa yang dipelihara di sini. Peringkat dewasa hinggalah yang kecil membiak dengan baik.


Batang pokok durian tersebut dibalut dengn zink. Ini memastikan rusa tidak bergesel-gesel pada kulit pokok tersebut. Teknik ini juga untuk mengelakkan tupai memanjat dan memakan buah durian.


Tiga ekor rusa menghampiri pagar meminta simpati. Moga dapat makanan yang diidamkan. Kawasan ladang agak bercerun tinggi. Ladang 4 paling atas kedudukan. Terpaksa mendaki sedikit tapak demi tapak. Memberi makan rusa menyebabkan pendakian tidak terasa sangat.


Rusa yang jenis bertandukpun ada dipelihara. Setiap kandang mengikut jenis pada pemerhatian penulis.


Oleh kerana musim hujan kini, kawasan ladang agak lecah. Air dari ladang empat yang terletak di atas sekali. Turun ke bawah mengikut aliran ke bawah. Hati-hati  berjalan kerana agak licin.


Rusa-rusa agak jinak. Menanti penuh kesabaran untuk diberi makan. Jelas kelihatan hanya tinggal tanah sahaja. Rumput-rumput asal kebun ini telah hilang. Akibatnya menjadi padang jarak padang terkukur.


Bangsal ini menjadi tempat berlindung rusa berkumpul. Berlindung dari panas dan hujan.


Kawasan berlumpur dan lecah menjadi tempat berkumpul di tepi pagar. Tempat selesa bagi rusa-rusa tersebut. Habitat asal di dalam hutan berbukit. Penulis pernah terserempak dengan seekor rusa semasa ekspedisi mendaki Gunung Tahan. Ketika itu hari pertama perjalanan di kawasan Taman Negara. Berlari dengan pantas setelah melihat kelibat manusia.


Ladang yang bercerun serta luas ini membolehkan rusa bergerak bebas.


Situasi berebut-rebut ketika memberi makan satu pengalaman yang menyeronokkan. Memberi nilai kasih sayang kepada haiwan.


Kelihatan laluan pejalan kaki di ladang 3 dan 4. Perlu berhati-hati ketika musim hujan kerana agak licin. Laluan hanya sampai ladang 4 sahaja. Penghujung sehingga situ sahaja memberi rusa makan. Ladang lima di bawah bukit bersebelahan kandang kambing.


Rusa Bintik (Axis axis) berasal dari India (Chital) dan melalui Nepal, Bhutan, Bangladesh dan Sri Lanka. Rusa jantan mempunyai tanduk, bercabang 3 ini luruh dan tumbuh semula setiap tahun. 


Saiz yang sederhana besar. Bulu yang berwarna merah - perang serta berbintik. Habitat pinggir hutan dan hutan kayu-kayan. Diet daun, pucuk, rumput dan buah-buahan. Jangka hayat selama 20 tahun.


Rusa Sambar ( Rusa Unicolor) berasal dari India (Chital) dan melalui Nepal, Bhutan, Bangladesh, dan Sri Lanka. Rusa jantan dewasa memiliki tanduk bercabang 3 dengan hujung runcing. Tanduk boleh mencapai panjang 1 meter (3.3 kaki).


Tempat tinggal hutan dan hutan dataran tinggi dengan semak tebal yang digunakan untuk perlindungan. Penting bagi perlindungan untuk rusa tidur dan berehat pada siang hari. Habitat lebih banyak terdapat di kawasan tanah rendah. Diet rumput, pokok renek, daun dan buah-buahan hutan. Jangka hayat selama 20 tahun.


Rusa Bawean (Axis Hyelaphus / Axiskuhlili) berasal dari rusa yang sangat terancam yang hanya terdapat di Pulau Bawean daerah Gresik di Indonesia. Habitat hutan tropika, hutan sekunder, hutan dataran tinggi dan padang rumput.


Tempat tinggal di hutan dan hutan dataran tinggi dengan semak tebal yang digunakan untuk perlindungan. Penting menyediakan perlindungan untuk rusa tidur dan berehat pada siang hari. Diet  merupakan daun, pucuk, rumput daan buah-buahan. Jangka hayat selama 15 tahun.


Rusa Timor (Rusa Timorensis) berasal dari rusa Indonesia dan Timor Leste. Rusa jantan dewasa memiliki tanduk bercabang 3 dengan hujung runcing. Panjang tanduk rata-rata 80-110 cm.


Dua ekor kambing pygmi jantan ini berasal dari Negara Thai. Menurut pemilik ladang seekor kambing betina telah mati. Harga seekor boleh tahan mahalnya.


Rumput menghijau di tepi laluan turut menjadi sasaran rusa untuk meragut. Kesan perbezaan yang nyata antara yang diragut dan tidak. Hanya rusa dewasa sahaja berjaya menghulurkan kepala keluar ke arah rumput.


Penat atau dahaga setelah memberi makan rusa boleh singgah warung. Pelbagai juadah disediakan untuk santapan pengunjung. Bawalah anak-anak ketika musim cuti sekolah hujung tahun ini. Sudah pasti pelbagai pengalaman dan pengetahuan diperolehi.

Jumpa dan jumpa lagi
Selamat memburu
73, Jojet de 9w2dya



No comments:

Post a Comment

Wetland Upper Bisa

  Pagi ini meneroka bahagian timur Tasik Putrajaya. Bermula dari tempat letak kereta belakang blok D. Cuti hujung minggu pagi ini ramai oran...