Hari ini tidak semena telah berjaya mengenali rakan ham yang mempunyai isyarat panggilan 9W2YMU. Peristiwa ini tercetus apabila penulis meletakkan jelopi di hadapan dewan. Kebetulan Muzzammil 9W2YMU perasan penulis keluar dari jelopi. Apa taknya! belakang jelopi ada pelekat isyarat panggilan penulis 9W2DYA serta antena radio quarterwave.
Sebenarnya sudah hampir sebulan telah bertemu dengan Muz 9W2YMU. Cuma hari ini baru tahu bahawa beliau turut mempunyai isyarat panggilan radio amatur. Penulis portable saltmines di sekolahnya di Bandar Baru Bangi. Sejak Ujian Amali Sains lagi. Kebetulan beliau merupakan Pembantu Makmal di sekolah tersebut.
Insiden melihat jelopi akhirnya membuka cerita kepada persahabatan di daratan. Pentingnya pemegang isyarat panggilan yang mempunyai antena radio memaparkan isyarat masing-masing pada jelopi. Ini memudahkan rakan lain mengenali stesen tersebut.
Ada juga penulis terserempak dengan jelopi yang hanya mempunyai antena radio sahaja. Tiada isyarat panggilan dipaparkan. Jikalau memanggil di V40 145.500MHz mungkin boleh menjawab persoalan tersebut.
Akhir kalam salam contact kenal dan contact perdana kepada Muz 9W2YMU. Mungkin boleh ketemu di udara pula.
Jumpa dan jumpa lagi
Selamat Memburu!
73, Jojet de 9w2dya
No comments:
Post a Comment