Belon KLIA Radiosonde D20073557 Hampir Jatuh ke Darat


 Hampir dua minggu tidak turun SAR. Manakan tidak! Semuanya jatuh ke laut sahaja. Malam ini hampir jatuh ke darat, namun akhirnya ke laut jua. Sudah agak ia akan pecah awal memandangkan cuaca petang tadi agak buruk dengan kilat dan hujan di beberapa tempat.


Walaupun semalam telah bermula angin  monsun barat daya. Pergerakan belon tetap ke arah barat juga. Ini menunjukkan angin tempatan masih membawa belon ke arah barat. Mungkin terlalu awal untuk membuat jangkaan. Namun boleh dilihat kemungkinan beberapa hari lagi berlaku pertukaran arah penerbangan.


Pengalaman mengejar belon ketika angin monsun timur laut sudahpun dirasai. Kini giliran angin monsun barat daya pula menanti giliran. Jangkaan belon akan mengarah ke timur. Namun tunggu dan lihat sejauh mana ia akan terbang. Ada sekali terlepas ke arah Kuala Klawang. Begitu jauh sekali terbang ke arah sebelah sana, yang kebanyakannya kawasan hutan.


Malam ini pula, radiosonde D20073557 mencapai hingga 20237m pecah menghampiri pantai di Tanjung Sepat. Maka, terus menjunam masuk ke laut. Path beberapa minggu ini terlalu pendek. Belon dari KLIA mengarah ke Tanjung Sepat dan terus ke Selat Melaka. Jikalau ia membuat pusingan u di sekitar KLIA terlebih dahulu, pasti path akan lebih panjang. Kemudian terus mengarah ke Banting. Kebiasaannya ketinggian altitud 20000m pasti akan jatuh ke darat jika laluan ini diikuti belon.


Rumusannya dapat dilihat semakin hari belon semakin bergerak turun  dari Pulau Carey hingga menurun ke Tanjung Sepat. Kali terakhir berjaya mendapat radiosonde di Pulau Carey pada 18 Mac 2022 bersama Yatt 9W2MFE. Sejak itu, penerbangan hanya di sekitar Banting dan ada sekali turun hingga ke Sg Pelek, Sepang.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...