Belon Penutup Ramadan

Credit 9W2OCX
Sehari sebelum menyambut Aidilfitri telah melancarkan misi pencarian radiosonde bersama Arul 9W2OCX serta harmonicnya Izz. Bertemu ditempat biasa terlebih dahulu sebelum bergerak ke Kg Tali Air bagi mengejar belon pagi tersebut.
 

Belon KLIA radiosonde D20054103 jatuh pagi itu di kawasan kebun sayur di Kg Tali Air, Banting. Perjalanan dari Petronas Kanchong Darat ke Kg Tali Air tidaklah terlalu jauh. Laluan ke kebun turut mudah kerana ada jalan batu kelikir. Masuk sahaja kawasan kebun radio telahpun diaktifkan. Namun tiada kedengaran sebarang isyarat daripada peranti radiosonde D20054103. Mungkin masuk air memandangkan WX pagi itu hujan dan mendung.

Arul 9W2OCX meletakkan van berhampiran jalan masuk kebun. Harmonicnya Izz sangat teruja untuk menyertai misi pada pagi itu. Nasib cuaca agak redup dan mendung. Tidaklah terlalu panas memandang masih lagi menjalani ibadah puasa buat hari terakhir. Sebenarnya tidak menjangkapun ia merupakan hari terakhir Ramadan. Selagi belum dibuat pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.


Koordinat telah diset terlebih dahulu sebelum terus ke arah lokasi terakhir itu. Bermula titik akhir terus ke arah hadapan merupakan timur laut. Ia seiring dengan arah jalan. Misi pencarian diteruskan di kawasan lapang kebun. Namun, tiada sebarang tanda-tanda ia boleh ditemui. Isyarat tetap tidak kedengaran walaupun telah berada di titik akhir.

Credit 9W2OCX
Semakin sukarlah mencari dengan isyarat yang tidak didengari. Arul 9W2OCX telah bersedia dengan peranti rdzTTGOsonde bagi mengesan koordinat terkini. Pasti tidak dapat mengesannya kerana tiada insyarat dapat dikesan. Pencarian diteruskan di kawasan kebun yang saujana mata memandang. Sepatutnya ia mudah dijumpai kerana kawasannya yang lapang tiada halangan pokok-pokok.
 
Credit 9W2OCX
Bertambah mencabar lagi adalah ketinggian altitud terakhir 321m agak tinggi. Pencarian dilakukan hingga jarak 287m dari titik akhir. Sepanjang pencarian mata melilau di kawasan yang lapang. Kemudian berpatah balik arah titik akhir mengikut sebelah kebun pisang pula.
 
Credit 9W2OCX
Aksi Izz mengelakkan air lopak dilaluan dalam kebun. Air bertakung menunjukkan hujan telah turun sebelum ketibaan kami. Langit biru berawan mengundang suasan redup dan tidak terlalu panas. Memandang semua berpuasa, misi pencarian hanya dilakukan sekali sahaja. Jikalau tidak bulan puasa pasti misi pencarian dilakukan hingga berjam lamanya sehingga hati sudah puas tidak menjumpainya.
Credit 9W2OCX

Oleh kerana misi mencari belon pagi itu gagal, misi seterusnya dilancarkan. Radiosonde D20054259 jatuh malam sebelumnya di Tanjung 12. Arul 9W2OCX memandu terus ke sana melalui Kg Lang Tengah hingga ke kawasan pendaratan. Menggunakan google map lebih mudah berbanding waze. Google map akan terus menunjukkan arah jalan yang  tidak berturap berbanding waze. Ia ada imej satelit yang menjadi rujukannya hingga ke tempat yang dituju. Selagi laluan boleh dimasuki kenderaan pasti ia akan menunjuk arah yang ditujui.


Pada malam kejadian Arul 9W2OCX dan Hanif 9W2VHF telah berjaya mendapat koordinat  terkini. Berdasarkan koordinat terakhir pada malam itu, berjaya hingga ke sana dengan selamat. Untungnya isyarat pada malam tersebut masih lagi aktif. Hanif 9W2VHF  menggunakan peranti rdzTTGOsonde bagi mengesan koordinat di situ. Titik terakhir malam itu altitudnya lebih kurang 400m adalah sangat tinggi. Hasil cerapan malam itu mendapat kedudukan yang lebih tepat lagi.

Credit
Hanya berbaki lebih kurang 400m pasti radiosonde D20054259  dapat dijumpai. Malam itu hanya mencerap koordinat sahaja. Tidak berani untuk meneruskan misi pencarian memandangkan kawasan sekitar yang agak semak.

Credit 9W2VHF

Kuasa tenaga bateri D20054259 berbaki 5.40 volt. Altitud ketinggiannya adalah 13.9m. Tangkap layar peranti rdzTTGOsonde kepunyaan Hanif 9W2VHF.

Credit 9W2OCX
Rupanya peranti tersangkut dicelah pelepah bersebelahan buah kelapa sawit. Patutlah dengan mudah Hanif 9W2VHF mencerap koordinat malam itu. Ini kerana kedudukan peranti yang lebih tinggi memudahkan ia dicerap.

Crdit 9W2OCX
Aksi Izz dan penulis di pohon kelapa sawit yang peranti tersangkut pada celah pelepah. Memegang benang yang menjadi kunci utama untuk menemuinya. Kelihatan kawasan sawit yang agak kemas. Namun untuk menyampai ke situ amat menyukarkan dengan pelbagai halangan dan rintangan.

Credit 9W2OCX
Penulis terpaksa memanjat pohon kelapa sawit bagi mencapai peranti radiosonde. Tidaklah terlalu tinggi namun perlu sedikit usaha bagi mendapatkannya setelah pelbagai cabaran dilalui dengan penuh tabah dan berhati-hati.

Credit 9W2OCX
SWL Izz bersama peranti yang berjaya ditemui. Sering ingin mengikut ayahnya Arul 9W2OCX. Kali ini rezekinya berjaya juga mendapat satu daripada dua percubaan misi mencari. Semangat kental dan juang yang tinggi ketika berpuasa tidak menjadi halangan. Lihatlah seluar diselaputi selut menunjukkan halangan yang dilalui sebelum mencapai kejayaan. Kasut masuk selut, hampir terjatuh selut dan masuk ke dalam parit bagi melintas ke titik akhir. Itulah cabaran yang dilaluinya menjadi seorang yang tabah dan sabar serta berhati cekal. Satu pengalaman yang tidak ada dijual beli dimana-mana.
Credit 9W2OCX
Peranti yang dicari dalam genggaman. Terpaksa berjalan lebih 400m untuk menemuinya. Bermula berjalan dari van terus mengikut bearing ke titik akhir. Namun dihalang oleh parit yang agak besar walupun jarak kurang 70m lagi. Parit baru dicuci dan sukar untuk melintasinya kerana agak lebar. Terpaksa menyusurnya mencari laluan yang lebih selamat. Nasib dihadapan mengikut parit ada yang kering. Maka, di situlah terpaksa dilalui bagi menyeberanginya. Bermulalah drama cabaran dan halangan di sini. Namun semangat kerjasama berpasukan setiap anggota melancarkan perjalanan.

Credit 9W2OCX
Belon jatuh atas pelepah kering dikelilingi pakis. Semak samun turut diredahi dengan berhati-hati. Arul 9W2OCX berkaki ayam setelah kasutnya termasuk selut.

Credit 9W2OCX
Aksi SWL Izz melintas parit melalui titi yang dibina dari pohon kayu yang mati. Parit kering ini menyelamatkan kami menjadi pemangkin untuk ke titik akhir. Jika ia dipenuhi air pasti kami tidak dapat melintas untuk mendapatkan peranti dengan selamat. Walaupun kering terpaksa melalui dengan penuh berhati-hati. Namun tetap juga termasuk selut kerana ia sangat lembik setelah dilapik dengan menggunakan beberapa kayu juga. Itulah cabaran yang pasti tidak dapat dilupakan oleh SWL Izz.

Tiba di van selepas melintas parit yang dibina titi itu. Arul 9W2OCX terpaksa bertukar selipar yang lebih kering untuk pulang. Walaupun pelbagai kesukaran yang dilalui kepuasan terpancar di wajah masing-masing kerana berjaya menyempurnakan misi yang mencabar ini.

Tahniah kepada semua anggota SAR yang terlibat Hanif 9W2VHF, Arul 9W2OCX dan SWL Izz. Semangat kerjasama berpasukan yang tinggi pasti membawa kejayaan walaupun pelbagai halangan dan rintangan menunggu di hadapan.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...