Belon Hari Raya Radiosonde D20054433


Belon Hari Raya Aidilfitri ini jatuh pada malam raya jam 21:30. Keesokkannya pada Hari Raya Aidilfitri sempat ke Banting untuk mencarinya.

 

Jatuh dibelakang Klinik Desa Kanchong Tengah memudahkan misi pencarian. Kawasan ladang kelapa sawit yang terang dan kemas membantu memudahkan misi pencarian. Memandu dari Cheras terus ke Banting melalui Dengkil. Trafik lancar memandangkan warga kota pulang ke kampung selepas dua tahun tidak pulang akibat pandemik Covid-19.

Tiba di Banting lalu jalan dalam melalui kawasan kampung yang meriah sanak saudara kunjung-mengunjung. Setiap rumah kelihatan jelopi banyak diletakkan di perkarangan rumah menunjukkan anak cucu meraikan hari raya bersama datuk dan nenek.


Meletakkan kereta berhampiran klinik dan terus masuk ke kawasan kelapa sawit. Oleh kerana berkawat duri, terpaksa mencari laluan yang mudah untuk akses. Berpandukan GPS waypoint finder misi mencari hingga ke koordinatnya. Menghampiri koordinat tiada apa-apa tanda. Kemudian berjalan ke arah klinik dan ternyata benang yang terjuntai dari atas pelepah menjadi kunci mendapatkannya.


Oleh kerana pokok sawit ini mencapai 50m maka belon kelihatan tersangkut di pelepah yang tinggi. Benang berbaki beberapa meter sahaja di lantai tanah. Peranti ditemui dipelepah kering berhampiran keladi liar yang viral. Jarak titik akhir ke peranti adalah 38m bagi altitud ketinggian terakhir 127m. Belon tertinggal atas pokok sukar menurunkannya yang telah tersangkut. Peranti sahaja yang di bawa pulang.


Kedudukan peranti tanpa menindih alat sensor. Berada di atas pelepah tanpa menjejak tanah. Jika pencarian pada malam raya itu, pasti dapat menerima isyarat dari jalan besar yang tidaklah terlalu jauh. Jangan disangka isyarat tidak kedengaran walaupun kedudukannya di atas tanah. Masih boleh diterima isyaratnya walaupun beberapa ratus meter jaraknya. Hanya senyap jikalau peranti dimasuki air.

Benang yang terjuntai dari atas pokok yang berketinggian hampir 50m. Pokok tua yang tinggi ini menyebabkan belon tersangkut di atasnya. Biasanya kawasan pokok tua seperti ini terjaga bersih dengan baik kawasan persekitarannya.


Koordinat yang dicerap oleh jam Garmin 2 darajah 46.3362' Utara dan 101 darjah 28.7902' Timur. Boleh rujuk peta googel bagi melihat lokasinya yang tepat.


Peranti radiosonde D20054433 dalam genggaman berlatarbelakang bangunan Klinik Desa berbumbung merah itu. Sudah berjaya memlikinya terus sambung beraya semula ke Cheras.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...