MAHA 2024 100 tahun


 Hari Ahad 15 September 2024 telah pergi ke MAHA 2024 di MAEPS Serdang. Kali ini masuk Maeps tidak boleh pusing menggunakan kenderaan sendiri. Selalu ke sini, kerana banyak tempat menarik.


Memandu ke Maeps melalui Jalan Ayer Hitam seterusnya melintasi Hospital Serdang. Simpang lampu isyarat Mardi telahpun kenderaan mula beratur menunggu giliran masuk ke pintu 1. Tiada bayaran masuk dikenakan walaupun tertera RM5.


Terus belok ke kiri masuki kawasann parkir F. Suasana agak lecah kerana awal pagi telah hujan. Berjalan kaki melalui beberapa buah tempat letak kereta hingga ke Laman Tiba 1. Masuk ke kedai Kronos yang menjual pakaian rasmi MAHA 2024. Beli t-shirt berkolar lengan pendek. Boleh dijadikan kenangan dengan harga RM69 sahaja. Bayar melalui kad debit lebih mudah.


Setelah puas melihat-lihat baju yang ada di butik Kronos terus menghala ke dewan. Kelihatan di Laman Tiba 1 ramai pengunjung beratur untuk menaiki bas. Perkhidamatan bas feeder disediakan kepada para pengunjung ke tampat-tempat menarik. Berjalan agak mendaki ke dewan berbumbung biru tersergam indah di atas bukit. Namun, Damia tidak berminat masuk ke dalam dewan tersebut. Lebih berminat ekspolarasi di luar terutamanya melihat dunia haiwan serta flora yang cantik.


Turun menghala ke Jabatan Lanskap Negara. Sungguh indah hiasan bunga yang terdapat di sini terutamanya bunga matahari. Banyak bunga dihias cantik dengan hiasan laman yang menarik. Kemudian bergerak ke hadapan lagi berjumpa dengan zoo petting. Bayaran dikenakan RM5 serta lobak merah, palet dan jagung hancur dalam cawan plastik berharga RM2 sahaja.


Masuk ke dalam ruang tersebut kelihatan arnab, itik, ayam serta 3 ekor burung merpati yang sesat. Haiwan-haiwan tersebut sangat jinak. Berebut-rebut meminta makanan. Kanak-kanak yang ada di dalam sangat teruja memberi haiwan tersebut makan. Eloklah mendedahkan anak-anak memberi haiwan makan. Melahirkan rasa prihatin dan sayang kepada haiwan ternakan atau peliharaan. Ia turut melatih anak memberanikan diri dekat atau menyentuh haiwan tersebut. Perlu didedahkan sejak awal lagi agar ia biasa dengan pelbagai haiwan.


Puas melayan haiwan kami keluar dan membeli buah potongan nenas. Damia pula bermainan buaian. Selepas itu, membeli ais krim melon pula yang amat sedap. Buah melon kuning turut dijual. Selepas puas bermain buai kami makan nasi ayam di gerai sebelah. Memesan dua bungkus nasi ayam serta duduk di meja yang disediakan. Sebelum itu kami melalui ruang pameran Orang Asal. Masuk juga ruang pameran JAKOA melihat pelbagai akar kayu yang boleh dibuat ubat.


Usai makan pergi melihat pavilion yang pelbagai syarikat mempromosikan produk masing-masing. Damia terlihat air bandung yang viral lalu dapatkan satu botol kecil. Berjalan keluar menghala ke Pavilion Negeri-negeri. Tetapi kami turun ke belakang pavilion ke arah tasik terlebih dahulu. Melintas jambatan kelihatan ada pasar terapung.


Melihat dari jambatan sahaja pasar terapung yang menggunakan perahu itu. Menghala ke kawasan perikanan. Masuk setiap bangunan yang bertemakan ikan pula.


Damia di samping kiub puzzle yang berjaya dibuat. Perlu tajam mata bagi memadankan gambar di kiub tersebut dengan gambar contoh. Ada enam gambar puzzle yang boleh dicuba. Sebelahnya ada puzzle ketam. Mencuba puzzle ketam selepas menyelesaikan yang kiub tadi. Ramai pengunjung pasti berhenti di situ untuk mencuba menguji minda.


Puas bermain puzzle melihat-lihat dalam akuarium mengenai santuari ikan air tawar. Pelbagai spesies ikan yang agak besar terdapat dalam akurium tersebut. Pelbagai maklumat turut dipaparkan bagi pengetahuan pengunjung.


Seterusnya ke bangunan bertemakan air masin pula. Pelbagai habitat pantai dan paya ditunjukkan bersama hidupan yang ada.
Ada juga tulang ikan paus turut dipamerkan menarik perhatian kerana terlalu besar. Tiga ekor penyu turut diletak ke dalam bekas bulat. Dua ekor agak kecil dan satu lagi agak besar. Penyu yang kecil ini sangat aktif berenang-renang. Sempat juga membeli pemegang kunci penyu. Pelekat peti ais gambar penyu turut beli menambah koleksi.


Meronda juga di pavilion perikanan dengan pelbagai hasil kajian pakar-pakar biomarin. Ketika itu juga terdapat pembentangan pakar hasil penyelidikan yang telah dibuat mengenai bom jangka di lautan. Kemudian ke gerai hiasan melihat pelbagai hiasan untuk jualan. Kura-kura turut jual dengan harga RM15 seekor.


Puas meneroka dunia ikan bergerak ke sebelah iaitu Laman Padi. Waktu biasa tiada padi ditanam. Kali ini, persiapan untuk MAHA ini pelbagai spesies padi turut ditanam di Laman Padi ini. Tengah pondok di tangah sawah bendang. Demonstrasi mengangin untuk asingkan kulit padi. Ramai pengunjung mencuba melakukannya. Ini kerana peluang untuk melakukan aktiviti ini pastilah tiada di mana-mana.


Sekali lagi Damia tidak berminat untuk masuk pavilion laman padi. Lebih berminat melihat hiasan-hiasan yang ada di sekitar laman ini. Banyak hiasan suasana kampung dibuat menggunakan jerami padi sahaja. Kerbau membajak antara karakter yang dihasilkan dari jerami padi.


Hiasan dari Kota Belud ini juga tidak kurang menariknya. Pasti pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar di latari sawah bendang yang menghijau.


Model kerbau disamping peralatan untuk membajak turut ditunjukkan. Kini peralatan moden seperti traktor dan jentera mengambil tempat sang kerbau. Perlatan moden lebih cepat dan pantas walaupun saiz kawasan yang terlalu luas. Pameran jentera dan peralatan berkaitan dengan sawah padi turut dipamerkan. Mesin memproses beras turut dipamerkan.


Tanaman padi yang menghijau. Nun di hujung sana orang-orang bagi menakutkan burung-burung. Namuan burung pipit kelihatan bebas terbang ke sana ke mari menikamti bijirin dari pokok padi ini.


Jalan tepian bendang turut ditarkan. Pasti memudahkan pergerakan para pengunjung. Pelbagai gerai promosi barangan berkaitan padi turut dipamerkan sepanjang tepian tebing tersebut.


Damia menikmati pemandangan sawah padi yang sedang menguning. Melihat dan memegang sendiri padi yang semakin masak. Semakin menunduk setelah buah semakin matang. Memaklumkan beras yang kita makan berasal dari pokok padi ini. Pengalaman ini sangat mengujakan dan pasti tidak dilupakan dalam memori. Hendak ke Sekinchan, Sungai Besar dan Sabak Bernam agak jauh untuk menikmati sawah padi. Apatah lagi ke negeri Utara yang banyak sawah bendang. Jadi dapat kesempatan melihat sawah bendang di Serdang ini pun sudah cukup membahagiakan.


Dua patung orang-orang bertudung saji menghalau burung. Syarikat Faiza turut mengadakan kuiz meneka bilangan butir padi. Hadiahpun sangat menarik.


Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk. Peribahasa yang perlu ada setiap orang amalkan. Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (menegak). Terdapat juga tanaman jagung di pavilion negeri.


Stairway to heaven antara hiasan menggunakan pelantar lapik beras. Damia ambil kesempatan duduk di tempat yang lebih tinggi. Cita-cita hendaklah tinggi bagi mengejar impian tersebut. Puas melihat sawah bendang kami bergerak ke arena kuda. Agak lama menunggu datang seorang budak manyatakan pony ride mungkin dibuka semula jam 3.30 petang. Sedangkan ketika itu menghampiri jam 2.30 petang seperti yang dijadualkan dalam kain pemidang.


Lalu kami bergerak ke pavilion negeri. Wilayah Persekutuan pavilion pertama yang ditemui dari arena kuda. Sebelum itu, sebelah atas bukit berhadapan pavilion adalah tempat aktiviti sukan ekstrem. Kedudukannya atas bukit sememangnya sesuai bagi pengunjung yang ekstrem sahaja.


Kami berehat seketika di buaian hadapan pavilion Wilayah Persekutuan. Aktiviti promosi produk-produk rancak berjalan yang dikendalikan oleh pengacara. Usai hilang lelah bergerak pula ke pavilion Selangor. Kemudian ke pavilion Pahang yang rancak membuat aktiviti mewarna model penyu. Damia tidak melepaskan peluang untuk mewarna penyu plastik tersebut. Siap mewarna, penyu tersebut boleh dibawa balik.


Berhadapan pavilion Kedah terdapat anak-anak ayam yang berwarna-warni. Tidak salah seekor berharga RM7 sahaja. Sebelahnya pula terdapa tanaman padi dalam bekas.. Terdapat beberapa ekor itik yang dipagar kawasan padi tersebut. Itik-itik tersebut tidak aktif hanya duduk diam sahaja.


Kemudian bergerak sebelah terdapat kurungan kambing Saanen dari negara Swiss iaitu Lembah Saanen kambing tenusu. Manakala sebelahnya turut ada anak rusa.


Kemudian berdekatan sangkar tersebut terdapat beberapa ekor burung nuri dan kakaktua. Burung ini elok diam di atas rentangan tali. Mana taknya! kakinya telah dirantai supaya tidak terbang lari. Namun, penjaganya memerhati dan membantu pengunjung untuk berinterkasi dengan burung-burung tersebut.


Burung kakatua yang merah ini sangat mesra. Suka bergerak-gerak seolah-olah sedang menari apabila berinteraksi dengannya. Burung yang putih yang gebu turut aktif membersihkan diri sahaja. Burung yang haijau banyak berdiam diri memerhati gelagat pengunjung.


Usai melihat burung mencari tandas dan surau. Ada berdekatan dengan jalan utama. Maklumlah apabila orang terlalu ramai pasti ada yang tersumbat. Sebelahnya surau terus solat zohor tanpa berlengah. Selesai solat, Damia terperasan penyu yang tergantung pada begnya telah tercicir. Rupanya penyu tersebut telah tercicir di hadapan pintu masuk tandas. Alhamdulillah! penyu masih ikut dibawa pulang.


Seterusnya bergerak semula ke arena kuda. Semasa bergerak ini terlihat banyak lagi sangkar-sangkar haiwan ada dipamerkan. Damia beritahu lepas naik kuda datang ke sini semula. Kelihatan juga orang ramai masih menunggu bas feeder untuk bergerak ke tempat yang ingin ditujui. Kami lebih senang berjalan. Sebenarnya tidaklah terasa jauh sangat kerana setiap tempat menarik berdekatan di antara satu sama lain.


Tiba di arena kuda sudah ada pengunjung mula menunggang kuda. Beratur dan membayar sejumlah tiket berharga RM5 sahaja. Memakai topi keselamatan sambil menunggu dengan penuh kesabaran. Menurut penjaga kuda tersebut kelas belajar menunggang telah penuh hingga hujung tahun ini. Kelas tahun hadapan masih belum dibuka lagi.


Usai puas menunggang kuda, kami bergerak ke pavilion Selangor bagi melihat haiwan-haiwan yang dikurung. Pelbagai spesies haiwan ternakan bernilai tinggi turut dipamerkan. Ada juga haiwan yang tidak pernah dilihat turut ditunjuk. Musang pelbagai spesies yang jarang dilihat sangat mengujakan serta memberi pengetahuan baru.


Puas melihat haiwan bergerak ke pavilion Pulau Pinang, Perak dan Sarawak. Turun ke bawah dalam pavilion Sarawak untuk menyeberang tasik semula. Kali ini baru berkesempatan meninjau pasar terapung yang menjual pelbagai jenis makanan. Orang ramai boleh berkelah di lereng bukit yang telah dihamparkan dengan rumput tiruan. Sambil makan boleh melihat aktiviti dipentas.


Melihat di pentas sedang bermula pertandingan mewarnakan batik. Ramai kanak-kanak di samping waris mengambil bahagian. Seterusnya bergerak ke laman sayur pula. Pelbagai spesies sayur-sayuran dipamerkan. Semasa di paviliom terdapat ceramah tentang teknik penanaman sejenis sayur. Hasil kajian MARDI turut dikongsikan di sini. Banyak maklumat yang boleh diperolehi dengan bertanya kepada pegawai yang bertugas. Penulis tertarik dengan bawang yang dihasilkan oleh MARDI.


Sebelah belakang di atas bukit itulah aktiviti sukan ekstrem dijalankan. Kelihatan tembok tiruan untuk sukan mendaki disediakan. Astaka sementara berwarna biru itu untuk penonton melihat aksi-aksi atlet yang bertanding.


Taman madu kelulut turut ada di laman sayur ini. Kelulut mengambil madu dari bunga-bunga hiasan dan sayur juga. Tong-tong madu kelulut yang banyak bagi menghasilkan produk yang banyak juga. Kelulut seperti serangga kecil sahaja yang tidak menakutkan. Berbanding dengan lebah, fikiran setiap orang pasti akan disengat.


Kemudian melalui lorong yang ditanamkan sayur-sayuran yang menjalar dan bergantungan. Sangat menarik kerana pelbagi jenis sayur yang tergantung ditanam dalam satu kawasan. pengunjung melalui di bawahnya seperti dalam terowong sayur.


Bergerak dari laman sayur kembali ke pavilion IKS semula. Melalui jambatan yang merentangi sumber air ke tasik. Naik atas ke satu lagi jambatan air baru dibina merentangi anak sungai pula. Damia memerhatikan aliran nak sungai itu. Terdapat anak ikan berenang-renang menunjukkan aliran ini sangat bersih untuk hidupan akuatik.


Bergerak masuk ke pavilion IKS sedang ada persembahan tarian dari Terengganu. Segak bergaya sambil menyusun langkah mengikut irama. Keluar semula melalui pameran Orang Asal semula. 

Sebelah zoo petting ada penerangan tentang madu kelulut pula. Penulis dapat merasa sedikit madu kelulut. Memang sangat manis dan asli rasanya.

Kemudian Damia mengajak ke zon kanak-kanak. Terpaksa menyeberang titi untuk ke zon 5 disebelah belakang pameran Jabatan Lanskap Negara. Tiba di zon kanak-kanak masuk ke dalam khemah besar. Ada pentas pertandingan persembahan muay thai. Keluar semula melihat pameran yang ada di situ.

Puas melihat-melihat di zon kanak-kanak balik semula ke kolam Jabatan Lanskap Negara. Seterusnya bergerak ke Laman Tiba 1 dan terus kembali ke parkir F semula dan pulang ke rumah.

Tuntasnya elok bawa anak-anak ke MAHA 2024 bagi memberi pengalaman yang sangat berharga. Pasti menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde 2405011782 Gagal ditemui

  Semalam 17 September 2024 telah melancarkan misi pencarian belon KLIA secara solo di Tanah Merah, Port Dickson. Misi mencari radiosonde 24...