Kejohanan Kriket MSSM 2024


 Pada pagi tadi hendak menderma darah di Masjid Al-Umm di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Semasa melalui UKM di padang kriket kelihatan pasukan MSSM sedang bertanding. Cuti sekolah bermula hari ini maka pasukan setiap negeri akan bertarung dalam gelanggang mengikut jenis sukan yang dipertandingkan. Hulu Langat menjadi pengelola bagi Kriket peringkat MSSM ini.


Kempen Jom Derma Darah di ruang legar utama Masjid Al-Umm bermula jam 9 pagi hingga 2 petang. Ia dianjurkan oleh Masjid Al-Umm dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) dan Kelab Kebajikan Kakitangan KTU (KKSK). Banyak faedah setelah menderma darah ini. Satu beg darah mampu selamatkan tiga nyawa.


Ini merupakan kali ke-7 penulis menderma darah. Terdapat enam kerusi derma darah telah disediakan bagi memudahkan penderma melakukan proses. Kakitangan PDN yang ada sangat cekap dan mesra melayan setiap orang yang hadir untuk menderma.


Bergambar kenangan wakil Masjid Al-Umm, Kelab Kebajikan dan kakitangan Pusat Darah Negara. Usai selesai menderma darah pihak PDN memberi Sijil Penghargaan serta minuman air kotak dan roti serta biskut. Ini penting bagi memberi tenaga kembali setelah menderma 450ml darah.


Selain Masjid Al-Umm terdapat tujuh lagi lokasi yang boleh untuk menderma darah bagi hari ini. Selepas minum air kotak bagi mendapat tenaga semula. Bergerak kembali ke UKM.


Kejohanan di UKM berlangsung di Oval Kriket UKM - YSD. Oval yang bertaraf tinggi dengan kemudahan astaka.Terdapat beberapa venue lagi seperti di Selangor Turf Club (STC) Criket Oval, Bayuemas Oval, Klang, SMK Tinggi Kajang dan Kolej Vokasional Sepang.


Cuaca pagi tadi sangat cerah dan sedikit berangin. Padang Kriket UKM yang cantik ini memberi semangat pemain untuk memberi prestasi permainan yang lebih tinggi.


Padang ini berlangsung Kejohanan Kriket bagi peringkat umur bawah 18 tahun. Semasa masuk ke Oval ini kelihatan dua bas sekolah dari Pulau Pinang dan Johor. Sudah pastilah kedua buah negeri ini yang sedang bertanding.


Ketika ini pasukan Pulau Pinang sebagai pasukan pemadang menjaga sekitar oval. Manakala pemain berjersi 1 dan 2 Johor sebagai pemukul untuk mengejar mata. Penulis secara jujur tidak pernah didedahkan dengan permainan Kriket ini. Memandangkan permainan ini terdapat dalam sukatan subjek PJK tingkatan 2. Seharusnya penulis mesti tahu bagaimana permainan ini dimainkan.


Seorang pemain Johor telah terkeluar kerana pemain Pulau Pinang berjaya menangkap bola yang dipukul itu. Ini telah memberi semangat kepada pasukan Pulau Pinang ini. Sebelah pasukan Johor kelihatan ibubapa turut hadir di astaka untuk memberi sokongan kepada pasukan anak mereka.


Melihat aksi semakin rancak, penulis terpaksa bergerak ke Kolej Vokasional Sepang pula. Sebelum ini, umpire menggunakan hand-held untuk berkomunikasi dengan pegawai di khemah di tepi oval. Memandang jarak antara mereka agak jauh. Setiap keputusan dan mata dicatatkan oleh urusetia di bawah khemah sahaja. Melalui jalan menghala ke Bangi terus belok kanan menghala ke Jenderam Hilir. Tiba Jenderam Hilir melalui jalan Ke Sungai Merab.


Venue Kolej Vokasional Sepang bagi kategori Bawah 12 tahun. Melihat keadaan lebih meriah berbanding di UKM. Semua acara bawah 12 tahun berlangsung di sini. Empat gelanggang dipertarungkan bagi merebut kejuaraan. Empat kumpulan dibentuk dengan tiga pasukan dalam setiap kumpulan. Negeri Selangor berada dalam kumpulan D bersama pasukan Perak dan Pulau Pinang.


Sayangnya, penulis tiba di KV ini permainan baru sahaja tamat. Tidak dapatlah melihat aksi si cilik bagi merebut kejuaraan Kriket MSSM.



Jadual di atas bagi peringkat umur bawah 12 tahun. Peringkat akhir akan berlangsung pada hari Jumaat 20 September 2024.


Jadual bagi kategori bawah 18 tahun seperti di atas. Peringkat akhir turut sama pada hari Jumaat 20 September 2024. Selamat bertanding kepada semua pasukan yang terlibat. Adat pertandingan, ada pasukan yang menang dan sebaliknya. Bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Radiosonde 2405011782 Gagal ditemui

  Semalam 17 September 2024 telah melancarkan misi pencarian belon KLIA secara solo di Tanah Merah, Port Dickson. Misi mencari radiosonde 24...