Dinosaur di Bangi Gateway


 Hari ini cuti umum Maulidur Rasul dan Hari Malaysia. Ramai orang bercuti dan jalan lengang. Mendapat jemputan kenduri anak kahwin sahabat sependakian gunung iaitu Abg Murdafi 9W2MUR. Berlangsung di Dewan Komuniti Presint 16. Tidak sempat hendak jumpa Deeno pendaki Gunung Denali yang berlaku peristiwa baru-baru ini. Beliau masih dalam perjalanan ketika penulis sudah selesai menjamah nasi minyak.


Kemudian singgah ke Alamanda yang sangat dekat dengan dewan komuniti ini. Tujuan untuk ke MPH yang masih belum di buka lagi. Meronda-ronda sebentar di dalam pusat membeli-belah ini.


Puas meronda Alamanda bergerak ke Bangi Gateway melalui Jalan Ayer Hitam. Tiba di Bangi Gateway terus ke tingkat paling atas untuk solat terlebih dahulu. Pameran dinosaur masih di aras yang sama dengan surau.


Jam 2.30 petang baru pusat ini dibuka. Yuran masuk sebnyak RM 7 bagi kanak-kanak dan dewasa. Tiket tidak diberi. Masuk sahaja ada jurugambar bersedia menunggu untuk bergambar kenangan. Tidak berminat lalu masuk ke dalam lagi untuk melihat haiwan pra-sejarah ini.


Beberapa haiwan yang biasa dilihat dalam setiap pameran wujud di sini. Elok bawa anak-anak waktu cuti sekolah seminggu ini. Berbaloi dengan yuran kemasukan. Masih ada kesan bunyi dan pergerakan haiwan tersebut. Penerangan tentang haiwanpun masih boleh dibaca turut disediakan.


Replika bumi pemandangan dari angkasa raya. Sains angkasa turut menarik minat pengunjung terhadap sains dan teknologi.


Hiasan prop sangat ringkas hanya menggunakan pokok-pokok sahaja. Namun, masih boleh menarik perhatian kepada peminat dinosaur ini.


Kesan lampu juga boleh membawa suasana persekitaran zaman pra-sejarah tersebut. Haiwan yang ditunjukkan tidak terlalu besar memandangkan ruang pameran yang kecil sahaja.


Telur dinosaur yang pecah ini sudah pasti tidak terlepas dari lensa kamera. Prop yang wajib ada bagi setiap bahan pameran.


Haiwan-haiwan bertaraf baby sahaja diletak bagi tatapan pengunjung. Namun garang dengan gigi taring menyiat sesuatu makanan sebagai pemangsa.


Kecil-kecil cili padi, besar jangan disangka bapa, kecil jangan disangka anak. Sungguh mengerikan juga. Namun, Damia sudah biasa melihat haiwan pra-sejarah kegemarannya.


Haiwan kulit berduri ini amat menakutkan dilihat. Macam Ankylosaurus dalam kumpulan Ankylosauria. Mempunyai ekor yang amat kuat untuk melindungi diri.


Si leher jinjang ini pastilah Brachiosaurus. Haiwan ini boleh mencecah ketinggian 82 kaki dan berat hingga 50 tan.


Velociraptor paling pantas berlari untuk memburu mempunyai kuku yang tajam. paling glamour dalam filem Jurassic Park selain Trex.


Diplodocus berleher jinjang juga. Boleh tinggi hingga 82 kaki dan berat hingga 50 tan juga.


Puas bergambar Damia ini bermain games di AEON Fantasy pusat hiburan keluarga. Bersebelahan dengan pameran dinosaur ini sahaja. Perlu masuk duit dalam kad sebelum bermain. Semak baki kad dengan mengimbas alat pembaca baki tersebut berdekatan kaunter bayaran.


Damia suka bermain pengembaraan kuda dan lompat-lompat. Satu lagi kegemaran bermain pokemon. Banyak kad yang diperolehi turut dibawa untuk bermain di sini. Harga RM4 untuk permainan pokemon ini.

Puas bermain turun ke bawah untuk pergi ke MPH pula. Damia mencari pin bagi menambah koleksinya. Berjaya memilih dua lagi pin menjadikan koleksi mencapai 32 buah. Harga satu pin adalah RM15.


Seterusnya ke Pusat Bandar Baru Bangi mencari kedai ikan. Tujuan kali ini mencari ikan puyu. Ternyata ikan puyu emas ada dijual oleh tuan kedai tersebut.


Bela ikan paling mudah sekali. Ada juga minta membelikan haiwan peliharaan seperti sugar glider, hamster, tikus belanda, kura-kura dan ikan-ikan. Risiko yang rendah serta mudah menjaga, pastilah ikan puyu menjadi keutamaan.


Berjaya membeli akuarium plastik yang sedang, makanan ikan serta ubat klorin untuk ikan tersebut. Damia hendak dua ekor supaya ikan tidak keseorangan. Seekor harganya RM5 sahaja. Jadi dua ekor kena bayar RM10 sahaja. Setelah membesar nanti bolehlah dilepaskan di kolam dekat rumah sahaja.


Kedai makan MokNab sebaris dengan kedai ikan walaupun kena menapak sedikit. Oleh kerana agak lewat, nasi ayam kunyit cincang masih ada lagi. Ikan elok dalam plastik. Menurut peniaga semalam di MAHA 2024, ikan dalam plastik boleh tahan dua hari.


Akhirnya di rumah dua ekor ikan puyu berjaya dimasukkan ke dalam akuarium baru. Damia juga suka bagi kucing makan. Kucing jiran selalu datang untuk makan.

73, Jojet de 9w2dya


No comments:

Post a Comment

Radiosonde 2405011782 Gagal ditemui

  Semalam 17 September 2024 telah melancarkan misi pencarian belon KLIA secara solo di Tanah Merah, Port Dickson. Misi mencari radiosonde 24...