Monitor Lobai D Orsem 9W2KAW memancar dari Gunung Angsi

Credit 9W2GZX

 Pagi tadi Lobai 9W2KAW telah memancar dari Gunung Angsi, Negeri Sembilan. Audio beliau terima dengan baik 5/9 dari base di Bangi Lama. Tidak mustahil dapat memandangkan berdasarkan peta di atas laluan dari puncak Gunung Angsi ke Shah Alam melalui Bangi Lama.

Peta milik Abg Aziran 9W2GZX di Shah Alam berjaya mendapat contact dari Gunung Angsi. Monitor di V40 145.500MHz menggunakan hand-held sahaja tadi. Tidak dapat hendak memanggil kerana tidak berkeupayaan dari Bangi Lama ke Gunung Angsi.

Tahniah kepada Lobai 9W2KAW kerap mendaki gunung sambil memancar menguji keupayaan radas. Rakan-rakan di bawah pasti menunggu audio untuk diuji pancar juga.

Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

MAHA 2024 100 tahun

  Hari Ahad 15 September telah pergi ke MAHA 2024 di MAEPS Serdang. Kali ini masuk Maeps tidak boleh pusing menggunakan kenderaan sendiri. S...