2m net Ceria bersama

Tujuan sebenar diadakan 2m net ceria bersama yang dikendalikan oleh pengawal rangkaian adalah untuk mengetahui sejauh mana capaian pengulang sesuatu tempat, kalau salah sila perbetulkan.Selain itu,sebagai satu wadah untuk menghadapi bencana, kalau salah diperbetulkan. Ada program, ini pihak berkenaan dapatlah mengetahui keupayaan pengulangnya bekerja sama ada baik ataupun tidak di sesuatu kawasan liputannya.Selalunya ia mendapat sambutan yang baik oleh rakan ham untuk memberi laporan tentang capaian pengulang dari sesuatu tempat.Apa yang penting kerjasama yang diberi amatlah dihargai supaya keupayaan pengulang dapat dipantau prestasinya. Jika rosak pihak berwajib bertungkus-lumus memperbaikinya. Kesungguhan rakan ham yang bekerja keras memastikan pengulang ini berfungsi semula amatlah bermakna dan dihargai dengan pengorbanan untuk kesenangan rakan ham yang lain.Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi untuk memastikan ia dapat berfungsi semula. Bukannya mudah kerana kedudukan pengulang ini diletakkan adalah di puncak-puncak gunung. Sememangnya sedia maklum dengan suhu yang rendah dan pelbagai cabaran lagi, ketika perjalanan membuatkan ahli ham ini sememanganya ahli ham yang sejati kerana sanggup berkorban untuk kesenangan orang lain. Syabas dan tahniah diucapkan, moga tuhan memberkati usaha anda yang ikhlas itu.
Sejak menjadi ahli ham ini terdapat beberapa jalur mengadakan program 2m net ceria bersama:
a)Astra Jalur Panjang Hari Ahad pagi
b) Nesrac Hari Selasa malam
c) Mares Hari Jumaat malam
Jadi rakan-rakan lain boleh menyertainya.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...