Kejohanan Olahraga MSS Selangor 2010

Kejohanan Padang dan Balapan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor diadakan pada 20 hingga 23 April 2010 bertempat di Stadium Petaling Jaya. 10 pasukan daerah mengahantar wakil masing-masing untuk menunjukkan kejaguhan dan kehebatan di gelanggang masing-masing. Juara 2010 disandang oleh pasukan Klang manakala, daerah Hulu Langat mendapat tempat ke lima. Walaupaun latihan pusat hanya sempat dibuat selama seminggu sahaja keputusan ini boleh dibanggakan dengan kesungguhan atlet mendapat tempat yang terbaik dalam negeri. Sepanjang portable di stadium ini sempat juga monitor rakan-rakan di frekuensi terutamanya waktu pagi ketika bermobile ke saltmine. Monitor di V25 kedengaran Pak Long 9w2llh qso dengan beberapa rakan terutama abg boy 9w2wpg.Bila rasa-rasa dah boleh masuk, barulah aku masuk dan qso dengan 9w2llh. Pak long mempelawa aku bersarapan di red corner tetapi tidak dapat kerana atlet sedang sibuk untuk bertarung disebelah pagi. Sebelah petang pula sempat juga memanggil pak long ketika pulang ke base. Manakala hari terakhir portable dapatlah eyeball dan solat jumaat di Masjid Subang Airport.Terima kasih pak long dapat juga bersalaman didaratan. ada kesempatan boleh jumpa dan jumpa lagi.Pada 21hb waktu tengahari cuba memanggil di V47 ada respons dari 9w2rxz di Pusat perubatan Universiti Malaya yang menggunakan handy dengan antena rubber. Malangnya terputus dan tidak dapat mengetahui handle operator, dapat copy 5 9. Sementara ketika latihan pusat seminggu sebelum kejohanan di Stadium MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi sempat monitor rakan ham 9w2odn qso bersama 9w2kik. Cuba memanggil 9w2odn tetapi tiada respons walaupun basenya di Bandar Baru Bangi.9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...