QSO with 26HS120

Pada 9 Mei 2011 jam 11.25 malam waktu Malaysia bersamaan 15:25UTC sempat aku QSO bersama 26HS120 Brian Robinson ,QTH Southampton England melalui HamSphere frekuensi 27.520 MHz. Apa yang menarik tentang beliau merupakan vateran British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu atau Malaya pada tahun 1955 hingga 1957 sebelum Malaysia ditubuhkan dan mendapat kemerdekaan. Kini umur beliau adalah 75 tahun dah masih mengingati tempat-tempat di negara kita ketika bertugas di sini. Antara tempat yang beliau pernah berkhidmat adalah di Johor Bharu, Kuala Kubu Bharu, Kuala Lumpur, Cameron Highlands dan Selangor. Kini menurut beliau Malaya sudah jauh berubah dan lebih maju dan menjadi sebuah negara yang maju. Antara tempat yang dikagumi beliau seperti Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Istana dan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai keunikan senibinanya. Terima kasih kepada beliau atas jasa dan khidmatnya ke atas negara kita. Beliau ada menghantar beberapa gambar untuk tatapan bersama.
Brian Robinson bersama XYL

Medal  Elizabeth II Dei Gratia Regina F.D MALAYA
Greeting from Southampton

                                                                      Dorset


Thank you so much Mr Brian hope we can QSO again next time. 73 from Malaysia.

73, JOJET, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...