QSO bersama 9W2OTX dan 9W2OZU



Awal pagi tadi lebih kurang jam 1:15 panggilanku disahut oleh stesen 9W2OTX di Sg Merab. Abg Azman satu-satu stesen yang dapat menerima pemancaranku dengan readability 3/8. QTH diatas bukit memberi satu kelebihan untuk menerima  dari pelbagai sudut. Paling jauh menurut beliau memancar hingga ke Temerloh, Pahang.


Kemudian jam 1:25 pagi pula, kedengaran audio stesen 9W2OZU di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi masuk bergabung. Namun beliau tidak dapat copy audioku maklumlah QRP stesen menggunakan handy sahaja. Terima anda readability 4/8 dari baseku Bangi. Walaupun abg Zul tidak dapat mendengar audioku, maka abg Azman lah menjadi pengantara QSO kami. Biasalah bila bersimplex kadang boleh copy dan kadang kala tak dapat copy. Bergantung radas yang digunakan.


Tapi sebelum itu, aku dapat copy satu stesen iaitu 9W2DFL Faizul QTH Putra Perdana readability 5/9. Beliau sedang QSO bersama Johan kedengarannya yang pasti itu stesen 9W2PJH yang sering ku lihat jelopinya di Alamanda. Semasa QSO kami, abg Azman ada bertanya kepada Faizul samada beliau dapat menerima audioku. Faizul menjawab bahawa negative copy. Nampaknya sampai ke Putra Perdana aku dapat menerima pemancaran.


QSO bertiga kami berhenti hingga jam 2.00 pagi memandangkan semuanya akan saltmine. Seronok dapat rakan baru lagi, QSO berkisarkan tentang APRS, SSTV dan ISS.


Rupanya komuniti radio ham Putrajaya ada group whatsapp dan blog ini telah discrenshotkan. Terima kasih semua rakanV38 Putrajaya membaca tulisanku yang biasa-biasa ini. Tulisan hanya sekadar berkongsi pengalaman dan idea sahaja.


Jangan lupa pagi ini QRV145.800MHz untuk mendengar Angkasawan di ISS akan contact 9M2PRN jam 2:21pagi.


Terima kasih abg Azman dan abg Zul atas QSO dan perkongsiannya. Jumpa dan jumpa lagi


73, Jojet de 9W2DYA



5 comments:

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...