KLESF 2016

KUALA LUMPUR DX TEAM telah diberi kepercayaan untuk menyertai Kuala Lumpur Engineering Science Fair 2016 (KLESF) dalam usaha memperkenalkan lagi radio amatur kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar.
Pameran ini akan diadakan pada 4 hingga 6 November 2016 di Mines International Exhibition And Convention Centre (MIECC).
Ini merupakan antara platform yang sangat baik dalam membawa radio amatur kepada masyarakat kerana jumlah kehadiran pada tahun lalu mencecah kepada 50 ribu pengunjung.
Oleh hal demikian kami mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari Syarikat, Persatuan atau individu yang berminat untuk membantu kami menjayakan program pameran pada kali ini.
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan setiausaha KLDX saudara Ridzuan (9M2VDX) melalui email 9m2vdx@gmail.com atau talian telefon 014-5105566.
Maklumat lanjut mengenai KLESF boleh didapati di http://www.klesf.net/

No comments:

Post a Comment

9M2OCX Berjaya Dapat Lesen Ozonsonde

  Petang tadi Arul 9M2OCX berjaya menemui ozonsonde yang jatuh di Simpang Morib. Ozonsonde 1032405023 telah jatuh jam 13:17 Koordinat 2.7833...