Majlis Meraikan Atlet yang berjaya dalam Kejohanan Olahraga MSS Malaysia 2016



Salah seorang yang diraikan adalah Atlet dari SMKBTHO2. MUHAMMAD NAZEEM kategori L18 memenangi emas acara 4x100m.
Sukar mencari Atlet berbakat seperti Nazeem. Aktif sejak darjah 5 telah mewakili daerah Hulu Langat bersama Aidil Amin.
Acara kegemaran adalah lompat tinggi disamping acara pecut.
Manakala Aidil Amin, yang memenangi emas acara 400m lari berpagar lelaki 18 juga merupakan teman seperjuangan. 
Sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Negeri Dan Sekolah Sukan Bukit Jalil banyak menyumbang pingat untuk SMKBTHO2. Mereka berdua ini, seterusnya meraikan kejayaan keperingkat lebih tinggi iaitu negeri dan kebangsaan.
Bermula dari tingkatan 2, setiap tahun mereka pasti menyumbang emas untuk negeri Selangor pada peringkat kebangsaan.
Kejayaan yang diraih berkat usaha gigih sendiri.
Tugas guru mengenalpasti potensi diri. Atlet tersebutlah perlu berusaha gigih demi mencapai kejayaan.
Tidak dilupa juga jurulatih daerah dan negeri yang terus mengilap bakat yang ada menjadi bintang permata.
Usaha tanpa mengenalpasti letih dan lesu pasti membuahkan hasil yang lumayan.

#Credit gambar Noor Hisyam Jaini

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...