Gambar Inov-8 Trail run Semenyih 2018

Ada juga gambarku terselit di page FB Inov-8 Malaysia. Trail run yang berlangsung di Semenyih pada 7 Oktober yang lalu.


Trek yang penuh cabaran dan menyeronokkan. Hanya yang tahan lasak dan minat bolehlah sertai larian denai seperti ini. Laluan berliku dan banyak mendaki serta menuruni kecerunan kadang agak tinggi. Sebab itulah memerlukan kasut trail yang sesuai untuk mencengkam dengan lebih baik.


Semasa gambar ini diambil adalah di kawasan ladang kelapa sawit. Agak landai memudahkan semua pelari denai membuka langkah. Semua berebut-rebut untuk memintas antara satu sama lain.


Jurugambar merakam detik pelari berlari dengan rapat menuju garisan penamat. B2145 kategori vateran lelaki meluncur laju memotong amoi.


Suasana di garisan permulaan di Eco Venture Semenyih. Pelari di hadapan memecut laju meninggalkan rang hadapan.


Pelbagai kaum menyertai lrian denai ini, disamping tidak ketinggalan pelari antarabangsa. Semua bersaing untuk mendapat tempat di hadapan sekali.


Pelari denai kaum hawa turut memberi saingan yang sihat dalam perlumbaan ini.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...