QSO bersama Hamdan 9W2HXO di Ecohill

Petang semalam beriadah di Ecohill yang menyajikan pemandangan 360 darjah. Ketinggian puncak bukit lebih 90m dari aras laut.

Menggunakan handheld Baofeng bersama antena Nagoya NA-771 cuba memanggil-manggil mana-mana rakan yang berkesudian dan berkelapangan. Cubaan beberapa kali di mana-mana frekuensi dengan harapan ada rakan menyahut panggilan ini.

Rupanya abg Hamdan 9W2HXO cuba menjejak panggilan tetapi gagal. Ketika itu berada di puncak bukit duduk ditengah-tengah. Audio abg Hamdan 9W2HXO berjaya menjawab panggilan di V66 147.495MHz. Cubaan lepak diV66 adalah Ecohill berada di Semenyih. Maka, tidak sangka rupanya ada rakan V66 Semenyih monitor di situ.

Lebih 6:30 petang bermulalah QSO bersama abg Hamdan 9W2HXO. Rasanya pertama kali QSO bersama beliau yang mempunyai AA sejak 1986. QTH beliau di Pekan Semenyih.
Aku pada bermula ditengah-tengah bukit duduk dibangku terus berubah ke tepi bukit menghadap Pekan Semenyih.

Abg Hamdan 9W2HXO memberi signal report readability 5 dan strenght 9 apabila aku mengubah kedudukan. WX petang  adalah cerah dan berangin di puncak bukit itu. Line of sight propagation apabila gelombang radio memancar terus tanpa halangan kepada stesen lain. Bersifat lurus dan memancar baik apabila tiada halangan. Lebih-lebih lagi berada di kawasan tinggi ke arah bawah memudahkan pemancaran berjalan dengan baik. Penjelasan dan perkongsian dengan Abg Hamdan 9W2HXO apabila aku mengubah kedudukan.

Analoginya melihat ke bawah dari puncak sangat mengasyikkan. Begitulah gelombang radio dapat bergerak laju sampai ke radas yang lain apabila tanpa halangan. Umpamanya kita nampak setiap objek dengan jelas di bawah apabila kita berada di atas.

Jikalau penerimaan RX kurang jelas bermaksud ada halangan ketika melaluinya. Kebijaksanaan penggunaan antena yang baik dan sesuai mungkin serba sedikit dapat membantu. Beliau menggunakan Yagi 5 elemen setinggi 45 kaki. Tidak hairanlah beliau dapat menerima dengan baik dan jelas. Turut penggunaan radas Yeasu pasti membantu. Namun tidak semesti radio yang berjenama dapat bekerja dengan baik jikalau cara pemasangan dan penggunaan antena tidak sesuai lebih-lebih lagi pengaruh propagasi. Kebijaksanaan perlu ada bagi strategi mendapatkan signal dengan lebih baik lagi.

Beliau lebih berminat dengan VHF kerana basenya rumah teres tiada kawasan untuk setup antena HF yang banyak dipengaruhi oleh propagasi. Selalu QSO hingga ke Sepang, Seremban dan banyak kawasan lagi.

Pernah cuba di puncak pertama Broga mendapat contact yang agak jauh. Akupun berkongsi dengan beliau bahawa pernah QSO dengan Abg Ayup 9W2YUP di Kota Damansara dari puncak Broga dan kawasan sekitar Semenyih.


Setelah mengetahui aku merupakan seorang guru. Abg Hamdan 9W2HXO menyarankan agar murid-murid di sekolahku didedahkan dengan radio amatur. Sudah semestinya kerana radio amatur ini mempunyai elemen STEM. Berkaitan dengan sains dan teknologi serta komunikasi. Mungkin ramai yang menganggap sebagai primitf. Namun radio amatur sangat berguna apabila mengalami bencana seperti banjir apabila hubungan komunikasi terputus.

Pendedahan ini penting agar generasi muda dapat memahami kelebihan radio amatur terutama di saat mengalami pelbagai bencana. Menggunakan bateri sahaja, pasti komunikasi dapat berjalan dengan baik.

Generasi muda juga lupa bahawa internet itu tetap mempunyai kaitan dengan gelombang radio. Walaupun dengan teknologi kini mereka dapat berhubung dengan rakan seluruh dunia. Keseronokan berhubung dengan radio pastilah berbeza. Mereka dapat mengaplikasikan subjek Sains yang dipelajari dengan pengalaman sebenar apabila mencuba berkomunikasi dengan radio amatur.

Gelombang radio melibatkan propagasi. Itulah menjadi cabaran dan keseronokannya apabila mendapat contact ke luar negara dengan jarak yang sangat jauh. Apabila ia tidak membuka maka sunyi sepilah tiada contact dapat dibuat. Secara tidak langsung melibatkan ilmu astronomi dan astrofizik dapat menambah pengetahuan murid. Kebarangkalian minat terhadap radio amatur akan bercambah sebelum melangkah lebih jauh.

Hampir setengah jam juga kami berQSO. Sempat bertukar nombor telefon untuk memudahkan perhubungan seterusnya. Sesungguhnya Abg Hamdan 9W2HXO mempunyai pengalaman yang luas dan boleh menjadi rujukan tentang dunia radio amatur. Bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dapat menjalin hubungan yang lebih akrab lagi.

Walaupun tidak pernah bersua, tetapi kemesraan dijaluran menunjukkan hobi radio amatur dapat mengerat hubungan silaturahim sesama rakan radio. Ini disebabkan minat yang sama boleh dikembangkan bagi memajukan lagi hobi yang saintifik ini.

Inilah hobi sangat kompetensi kerana diuji dengan peperiksaan sebelum layak mendapat penguntukan radas atau AA. Kata lebih mudahnya ia perlu ada lesen bagi melayakkan diri untuk mengoperasi sebarang peralatan radio.

Jumpa dan jumpa lagi. Terima kasih atas QSOnya.

73, Jojet de 9W2DYA


1 comment:

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...