9M2EDX dan 9W2VDN Berjaya Mendapat Lesen


 Malam tadi berjaya melancar misi mencari belon radiosonde D20039939 di Pulau Carey. Kali ini kekuatan anggota seramai empat orang. Pasukan SAR terdiri daripada Hanif 9W2VHF, Ayob 9W2VDN dan Nazmi 9M2EDX.


Belon ini jatuh jam 20:46 bertarikh 14  Februari 2022. Altitud ketinggian terakhir terdapat perbezaan antara sondehub dan aprs. Sondehub merekodkan 71m, manakala aprs  merekodkan 118m. Defisit 47m tidaklah terlalu besar. Koordinat 2.88921 dan 101.3285 dari sondehub.  Altitud ketinggian maksimum pula adalah 15700m. Faktor cuaca yang buruk kemungkinan menjadi punca ia jatuh lebih awal daripada kebiasaannya.


Memandu dari Cheras stesen 9W2DYA-1 melalui Kajang singgah di UKM Bangi mengambil Nazmi 9M2EDX. Seterus ke Dengkil sebelum sampai di Pulau Carey. Pemanduan terpaksa berhati-hati, memandangkan hujan sepanjang perjalanan. Tiba di destinasi WX kering dan tidak hujan. Bulan mengambang menerangkan kawasan sekitar dari cahayanya.

Credit 9W2VHF

Merujuk dalam group Ayob 9W2VDN telah sampai lebih awal. Kemudian Hanif turut tiba dan berkumpul di medan selera di Pulau Carey ini. Setelah kami berdua tiba, barulah perbincangan misi dijalankan. Masing-masing sibuk memasukkan koordinat ke dalam aplikasi GPS Waypoint Finder. Menurut aplikasi tersebut jarak ke tempat belon jatuh lebih kurang 3 km lagi.

Credit 9W2VHF

Setelah semua bersedia, barulah kami bergerak ke tempat kejadian. Memandu keluar melalui perumahan pekerja terus ke bawah jejambat SKVE. Memandu berhati-hati di jalan tanah merah yang kering kerana tidak hujan di sini. Melepasi kunci air berdekatan ban terus mengikut jarum kompas gps waypoint finder. Jarak semakin hampir namun isyarat tidak juga kedengaran.

Credit 9W2VHF

Sepanjang perjalanan kami berhubung melalui frekuensi 145.500MHz. Nazmi 9M2EDX co-pilot berhubung bersama dua stesen yang lain di hadapan kami. Beliau juga memaklumkan jarak pencarian yang semakin hampir. Lorong yang terhampir menjadi laluan kami untuk meletakkan kenderaan.

Credit 9W2VHF

Titik terakhir berbaki kurang 100m dari tempat letak jelopi. Cuba mendengar frekuensi 401.110MHz tetapi tetap tiada juga. Kamipun berjalan melalui lorong ke tapak belon jatuh di hadapan. Selepas beberapa langkah, Nazmi 9M2EDX telah terlihat benang melintang di hadapan kami. Sahlah yang dicari telah dijumpai. Belon di tepi parit yang tinggal suku bentuknya. Pecah pada ketinggian 15700m.

Credit 9W2VHF
 Menyuluh benang untuk mengesan peranti radiosonde pula. Benang berakhir di atas tanah berdekatan deretan kelapa sawit di hadapan sedikit. Rupanya peranti telah senyap menyebabkan tiada isyarat dapat diterima. 
Credit 9W2VHF

Jarak 32.4m adalah jarak dari peranti dijumpai ke titik terakhir radiosonde D20039939. Manakala koordinat 2 darjah 53.3526' Utara dan 101 darjah 19.7099' Timur. Dapatan menggunakan aplikasi GPS waypoint finder milik Hanif 9W2VHF.


Manakala data dari jam garmin pula, koordinat 2 darjah 53.3577' Utara dan 101 darjah 19.6908' Timur. Kerja-kerja mengemas dilakukan serta bergambar kenangan. Patah balik semula ke jelopi sebelum singgah ke medan selera untuk memulangkan barang yang dipinjam.


Wajah kegembiraan terutamanya Ayob 9W2VDN dan Nazmi 9M2EDX berjaya mendapat lesen. Kami ke pondok pengawal untuk menunjukkan peranti yang dijumpai. Rupanya mereka pernah menjumpai peranti radiosonde ini. Sememangnya Pulau Carey menjadi tempat pendaratan belon radiosonde dari KLIA selain Banting.

Credit 9M2EDX
Peranti rdzTTGO Nazmi 9M2EDX pada malam itu tidak dapat digunakan kerana isyarat tidak aktif. Ia telah mati lebih awal. Rupa-rupanya peranti radiosonde telah dimasuki air setelah dibedah siasat oleh Hanif 9W2VHF. Kemungkinan semasa penerbangan di atmosfera wx sangat buruk hujan dari KLIA hingga ke Banting dan jatuh di Pulau Carey.

Credit 9M2EDX

Namun, baterinya masih boleh digunakan lagi setelah mencubanya pada peranti radiosonde yang lama kebetulan dibawa bersama. Peranti hadapan merupakan yang baru ditemui telah basah. Manakala peranti dibelakang yang bernyala lampunya merupakan peranti yang dijumpai di Seksyen 18 Shah Alam.

Credit 9W2VDN

Menurut Ayob 9W2VDN setelah dikering dengar alat pengering rambut. Peranti radiosonde berjaya dihidupkan. Ini menunjukkan peranti masih boleh diguna pakai.

Tahniah kepada semua ahli SAR yang berjaya menemui radiosonde D20039939 pada malam tadi. Kerjasama berpasukan yang mantap membawa kejayaan bersama.

73, Jojet de 9w2dya

Berjaya menemui Radiosonde Beraltitud 1081m

Credit 9M2EDX

 Pada hari ini dua misi pencarian radiosonde di Banting untuk mencari saki-baki yang masih belum ditemui. Misi kali ini disertai oleh Nazmi 9M2EDX, Yatt 9W2MFE dan Hanif 9W2VHF. Berkumpul di stesen minyak Petronas Kanchong Darat.


Misi pertama mencari radiosonde D20039910. Jatuh pada 28 November 2021 pada jam 21:01. Telah mencapai selama 77 hari sejak ia jatuh. Percubaan mencari kali ketiga untuk belon ini. Namun gagal menemui sebarang tanda memandangkan kawasan ladang sawitnya sangat bersemak. Pada 15 Januari 2022 lalu, aku masuk meninjau berseorangan. Tidak pada kali ini empat kekuatan anggota mencari cuba menduga nasib.

Credit 9W2MFE

Wajah-wajah ceria, walaupun tidak menemui radiosonde D20039910. Berehat seketika selepas selamat keluar dari kawasan ladang kelapa sawit yang sangat semak. Nasib baik membawa parang untuk menebas pelepah yang menghalang laluan. Hasil pemantauan sebelum ini, keperluan menggunakan parang sangat diperlukan.


Misi terakhir adalah mencari radiosonde D20052284 yang jatuh pada 26 Disember 2021. Detik 9:16 pagi dan melangkaui 49 hari berlalu. Altitud ketinggian terakhir 1081m agak tinggi untuk dicari. Namun, atas dasar ingin cuba mencari tanpa disangka berjaya menemuinya. Walaupun perantinya tiada namun kesan dan bukti adalah betul ia jatuh di situ. Benang tersangkut di pelepah sawit dan serpihan berserta kod siri menjadi saksi.

Credit 9M2EDX

Terpaksa menyelongkar timbunan pelepah sawit yang untuk mendapatkan sisa-sisa peranti ini. Hanya tinggal pelekat bernombor kod radiosonde dan antena sensor. Pada mulanya aku dan Yatt 9W2MFE telah melalui kawasan tersebut. Namun tidak perasan benang yang tergantung dari pelepah sawit. Hanif 9W2VHF menghampiri kami telah ternampak benang yang tergantung itu. Kemudian menarik-narik benang untuk mendapatkan peranti dari timbunan pelepah-pelepah sawit yang dipotong. Namun kecewa hanya tinggal serpihan sahaja.

Credit 9M2EDX

Kemudian kami selongkar longgokan pelepah-pelepah sawit yang kering untuk mencari lagi serpihan mahupun peranti tersebut. Kemungkinan tuan punya kebun telah mengambil ketika kerja-kerja mengemas kebun sawit tersebut. 


Koordinat radiosonde ditemui adalah 2 darjah 44.1716' Utara dan 101 darjah 31.4500 Timur. Bukti rekod yang perlu dilakukan bagi rujukan masa hadapan. Jaraknya ke titik terakhir adalah 175m bagi altitud 1081m.

Credit 9W2MFE

Masing-masing menunjukkan serpihan radiosonde di tapak pendaratan radiosonde D20052284. Walaupun peranti tidak ditemui, namun serpihan yang ada merupakan bukti kukuh ia jatuh di situ. Ini merupakan kejadian kedua tidak menemui peranti dalam keadaan yang elok.

Credit 9W2VHF

Selepas itu, kami bergerak ke kedai makan di belakang stesen minyak Petronas Kanchong Darat. Meraikan kejayaan menemui satu radiosonde daripada dua misi dilancarkan. Perbincangan post mortem dilakukan setelah apa yang berlaku hasil pencarian. Kejayaan terbesar adalah berjaya menemui radiosonde yang beraltitud terakhir adalah 1081m yang dirasakan mustahil bagi menemuinya. Setelah mencuba tiada perkara yang mustahil selagi kita terus berusaha. Belum cuba belum tahu, sudah cuba baru kita tahu.

Misi Mencari Radiosonde D20042911 Berjaya di Pulau Carey


 Malam tadi berjaya mencari radiosonde D20042911 bersama Hanif 9W2VHF di Pulau Carey. Belon ini jatuh pada tepat jam 9 malam. Altitud ketinggian terakhir adalah 66m.


Koordinat 2.8394 dan 101.32046 dengan altitud ketinggian maksimum 17047m. Manakala kuasa bateri berbaki 4.74 volt.


Sebaik jatuh sahaja belon D20042911, Hanif 9W2VHF telah bergerak ke Pulau Carey dari Gombak. Manakala aku lewat sedikit bertolak dari Cheras stesen 9W2DYA-1. Melalui Dengkil terus ke Pulau Carey.


Tiba simpang 4 menghala Pulau Carey memanggil Hanif 9W2VHF di frekuensi 145.500MHz. Rupanya Hanif berada di tepi jalan sebelum jambatan Pulau Carey. Boleh nampak dari jelopi semasa lampu isyarat merah berhenti. Setelah bertukar lampu hijau bergerak ke arahnya. Berkomunikasi menggunakan radio walaupun antena tiada dipasang di jelopi. Nasib baiklah ada membawa handy sebiji untuk SAR setiap hari dalam jelopi.

Credit 9W2VHF

Seterusnya kami bergerak ke Pondok Pengawal Sg Kurau. Melapor diri seperti biasa dengan memaklumkan misi pencarian. Sesudah menulis dalam buku pendaftaran terus bergerak ke tempat sasaran. Memandu dalam kegelapan malam lebih berhati-hati akibat kekangan penglihatan.

Credit 9W2VHF

Masuk ke kiri simpang pertama terus hingga melepasi kawasan perumahan dan pejabat pekerja ladang. Selepas melepasi rumah pegawai suasana gelap kembali hingga selekoh Z. Berhenti sebentar bagi menentukan kedudukan terkini. Sehingga melepasi dua simpang, aku meletak jelopi berhampiran simpang empat. Ini kerana laluan ke kawasan pendaratan belon agak semak.

Credit 9W2VHF

Hanif 9W2VHF telah memasukkan koordinat pada aplikasi GPS Waypoint Finder. Memeriksa frekuensi belon 401.110MHz tidak kedengaran sebarang isyarat. Pencarian seterusnya berpandukan aplikasi ini hingga ke titik terhampir lagi jarak 100m. Meletak motor dan kami berjalan masuk ke dalam ladang kelapa sawit. Ketika di sini barulah isyarat radiosonde dapat didengar dengan baik. Jarak dari simpang empat jelopi diletakkan hingga ke sini lebih kurang 900m.
Credit 9W2VHF

Namun, apabila antena radio dicabutkan tiada isyarat dapat diterima. Ini menunjukkan bahawa radiosonde masih jauh di hadapan dengan jarak 100m. Jadi kamipun berjalan ke hadapan mengikut anak panah bearing dan kekuatan penerimaan isyarat. Semakin hampir terpaksa melompat parit sebelum menemuinya jatuh di atas pelepah sawit yang kering. Koordinat radiosonde ditemui 2 darjah 50.3546' Utara dan 101 darjah 19.2309' Timur.


Alhamdulillah mudah menemui radiosonde ini dengan bantuan applikasi gps dan penggunaan radio disamping faktor altitud yang rendah iaitu 66m. Memang terlalu dekat dengan titik terakhir selain kawasan persekitaran yang tidak semak. Walaupun pokok sawit ini agak tinggi, peranti tetap ditemui di lantai tanah. Jatuh pula, kali ini di atas pelepah kering. Namum belon tersangkut tinggi pada pelepah pokok sawit dan pecah pada ketinggian 17047m.


Selepas merekod data dan bergambar kenangan kami berpatah balik ke motorsikal Hanif 9W2VHF. Kemudian terus ke jelopi aku pula, sebelum singgah kedai makan di Jenjarom.


Kami minum meraikan kejayaan disamping melaporkan kejayaan dalam group. Post mortem dibincangkan bagi menilai keberkesanan kejayaan sesuatu misi. Pengesahan kejayaan misi turut dilaporkan di sondehub.org

Secara peribadi telah menemui sebanyak 11 radiosonde, manakala Hanif 9W2VHF telah menemui sebanyak 6 radiosonde. Sebelum bergerak pulang Hanif 9W2VHF telah mengaktifkan rdzTTGo bagi mengaktifkan semula radiosonde D20042911. Maka jejak radiosonde ini boleh dilihat sepanjang perjalanan dari Jenjarom hingga ke Gombak.


Kami berkonvoi bergerak melalui Dengkil sebelum berpisah di simpang Bangi dan Cyberjaya/Putrajaya. Usaha menunggu radiosonde jatuh ke darat berbaloi kali ini setelah menunggu dari kali terakhir dua minggu yang lalu. Kali terakhir itu juga mencari pada waktu malam di Banting bersama Abg Mike Fox 9W2SMF dan Hanif 9W2VHF,

73, Jojet de 9w2dya

Belon Kuantan D20053817 melepasi Banjaran Titiwangsa


 Belon Kuantan D20053817 sedang melepasi banjaran Titiwangsa pagi ini. Ketika ini sedang terbang melepasi altitud ketinggian 14846m. Jangkaan mendarat di selatan negeri Perak. Ketika ini menuju sempadan.


Jam 12:14 tengah malam berjaya melepasi negeri Perak.


Isyarat terakhir jam 12:14 pagi. Kemungkinan bateri sudah tidak mampu memancarkan peranti kerana tinggal 2.75 volt sahaja.


Jangkaan mendarat di Bagan Terap kawasan sawah padi. Altitud ketinggian terakhir adalah 14871m.

Credit 9W2VHF

Hanif 9W2VHF melaporkan belon bergerak sedikit hingga ke Proton City. Memantau di rdzTTGO Sonde.

Misi Mencari Radiosonde di Pulau Carey 2.0

Credit 9W2VHF

 Pada 23 Januri 2022 yang lalu,misi mencari saki baki radiosonde di Pulau Carey dilancarkan bersama Hanif 9W2VHF. Misi mencari enam lagi radiosonde yang belum ditemui disekitar Pulau Carey.


Pemandangan pantai yang indah ini adalah belon radiosonde D20052319 yang jatuh pada 22 Disember 2021 jam 21:58. Ini adalah percubaan yang ketiga berjaya sampai ke titik terakhir pada koordinat 2 darjah 50.83' Utara da 101 darjah 17.52' Timur. Altitud ketinggian terakhir 417m dengan bearing 144 darjah.


Kali pertama mencari adalah sehari selepas jatuh pada malamnya. Berjalan dari Pantai tanjung Rhu mengikut ban hinggalah ke pantai sahaja. Terperangkap dengan pokok nipah. Padahal dalam peta google perlu ke hadapan lagi untuk ke titik terakhir. Mungkin waktu itu terlalu penat hingga lupa sebenarnya boleh sampai ke titik terkahir. Waktu itu banjir menyebabkan jelopi tidak boleh masuk hingga ke rumah pekerja.


Hutan nipah ini menjadi penghalang pada pencarian 23 Disember 2021. Sepatutnya jalan ke hadapan sedikit untuk ke kawasan lapang di belakangnya. Kali kedua pencarian pada 9 Januari bersama Hanif 9W2VHF dan Yatt 9W2MFE. Gagal masuk ke rumah pekerja kerana tersalah masuk jalan.

Credit 9W2VHF

Inilah laluan  masuk titik akhir di belakang hutan nipah. Ada aliran anak sungai pengalir masuk ke laut. Kawasan ini berpaya telah kering dn dipenuhi kayu-kayu mati dan kering. Mencari disekitar titik akhir namun tidak menemui belon atau peranti yang dicari. Benang tersangkut pada pokok turut tidak kelihatan.

Credit 9W2VHF

Dua belon terakhir telah jatuh kawasan hutan paya bakau. Jelopiku letak di Masjid Darul Tahsis. Keluar melelalui jalan Pusara hingga melalui ban bermotosikal bersama Hanif 9W2VHF. Hingga masuk lorong motosikal ke kawasan paya bakau.

Credit 9W2VHF

Aku masuk melalui kayu-kayu balak yang dijadikan pelantar laluan ke pantai. Hanif 9W2VHF menunggu di motorsikal sahaja. Kami berhubung melalui radio bagi mengikuti perkembangan pencarian. Dua belon ini adalah D20050989 altitud  494m dan D20054737 altitud 86m.

Credit 9W2VHF

Melangkah dengan berhati-hati setiap batang kayu yang dijadikan pelantar laluan ke pantai. Petang itu air surut di pantai. Cuaca baik dan cerah.


Pemandangan pantai berlumpur ketika air surut. Kawasan seperti ini merupakan kawasan pendaratan belon D20050989. Sememang belon itu hanyut ke laut sewaktu air pasang.


Batang-batang aku meniti dengan berhati-hati ketika ingin ke pantai berlumpur. Walaupun telah berhati dihujung kayu ini aku telahpun terjatuh disebabkan terpijak pada kayu berlumpur licin. Jatuh terduduk menyebabkan seluar penuh berlumpur. Nasib baik barang berharga semua telah disimpan dalam beg sandang. Radio sahaja terkena lumpur.


Kawasan berpaya bakau di hadapan ini dipercayai belon D20054737. Sayang tidak boleh dimasuki kawasan seperti ini. Rugi sangat sebab jikalau boleh dimasuki pasti radiosonde D20054737 boleh dijumpai kerana altitudnya sangat rendah iaitu 86m sahaja. 


Pemandangan arah selatan hutan paya bakau. Walaupun seluar baju berlumpur sempat lagi mengambil gambar bukti kawasan sekitar. Maka misi untuk dua belon itu diisytihar gagal. Akupun memaklumkan Hanif 9W2VHF untuk berpatah balik setelah misi gagal. Meniti titian balak dengan berhati-hati memandangkan kasut telahpun berlumpur menyebabkan semakin licin.

Sebelum menghampiri Hanif 9W2VHF, memkalumkannya bahawa aku membasuh seluar baju yang berlumpur  terlebih dahulu. Membasuh di air payau bertakung sambil diperhatikan oleh ikan-ikan belacak. Sudah agak bersih baru pulang semula ke Masjid untuk membersihkan sekali lagi. Kemudian solat Asar sebelum makan di kedai makan berhampiran jambatan SKVE di Teluk Panglima Garang.

73, Jojet de 9w2dya


Bingkisan Radiosonde IMS8AFA85 daripada 9M2ZAK

Credit 9M2ZAK

 Semalam belon radiosonde IMS8AFA85 telah terbang dari Kulai ke Bangi oleh Zak 9M2ZAK. Penerbangan memakan masa sehari yang telah diterbangkan kelmarin dari Kulai. Terima kasih Zak 9M2ZAK atas bingkisan jauh dari selatan Tanahair. Jenis radiosonde ini berbeza yang digunakan oleh Met Malaysia.


Kiriman ini menjadi koleksi terpenting telah mengumpul dua jenis radiosonde yang berbeza. Satu dari Met Malaysia dan satu lagi dari Met Singapura. Satu buatan German dan satu lagi buatan Jepun.


Radiosonde IMS8AFA85 ini telah jatuh di Kg Permas pada 6 Januari 2022. Jatuh pada pukul 10:14 pagi dengan altitud ketinggian terakhir 263m. Boleh membaca catatan Zak 9M2ZAK dalam blog beliau di 
http://9m2zak.blogspot.com/2022/01/menjejaki-radiosonde-yang-dilepaskan.html


Belon ini telah dijumpai 27 hari lalu hingga sampai ke tanganku. Koordinat 1 darjah 20.62' Utara dan 103 darjah 27.37' Timur. Terima kasih lagi kepada Zak 9M2ZAK atas kiriman yang bermakna ini. Ada kesempatan boleh turun ke selatan untuk memburu belon radiosonde Paya Lebar sendiri bersama Team SAR Johor.


Apa yang istimewanya jenis radiosonde IMS-100 ini mempunyai payung terjun. Selepas belon pecah, payung terjun akan menurunkan peranti IMS-100 dengan selamat. Ia akan mengikut arah angin menyebabkan agak sukar untuk menjangkakan kawasan pendaratan.


Tidak seperti jenis DFM17 yang hanya mempunyai belon hijau kecil untuk mengurangkan pergerakan turun selepas belon pecah. Jadi ia akan jatuh gedebuk dengan agak laju berbanding IMS-100 dilengkapi payung terjun. Namun jikalau tali payung terjun terpintal atau terbelit pasti jatuh dengan agak laju juga ke bumi.

73, Jojet de 9w2dya

RAC GCP 141

  Slab RAC GCP141  ini dijumpai di selekoh hala ke jambatan kereta api Jalan Semenyih - Bangi. Sayangnya slab ini telah retak terbelah dua. ...