Misi Mencari Radiosonde D20042911 Berjaya di Pulau Carey


 Malam tadi berjaya mencari radiosonde D20042911 bersama Hanif 9W2VHF di Pulau Carey. Belon ini jatuh pada tepat jam 9 malam. Altitud ketinggian terakhir adalah 66m.


Koordinat 2.8394 dan 101.32046 dengan altitud ketinggian maksimum 17047m. Manakala kuasa bateri berbaki 4.74 volt.


Sebaik jatuh sahaja belon D20042911, Hanif 9W2VHF telah bergerak ke Pulau Carey dari Gombak. Manakala aku lewat sedikit bertolak dari Cheras stesen 9W2DYA-1. Melalui Dengkil terus ke Pulau Carey.


Tiba simpang 4 menghala Pulau Carey memanggil Hanif 9W2VHF di frekuensi 145.500MHz. Rupanya Hanif berada di tepi jalan sebelum jambatan Pulau Carey. Boleh nampak dari jelopi semasa lampu isyarat merah berhenti. Setelah bertukar lampu hijau bergerak ke arahnya. Berkomunikasi menggunakan radio walaupun antena tiada dipasang di jelopi. Nasib baiklah ada membawa handy sebiji untuk SAR setiap hari dalam jelopi.

Credit 9W2VHF

Seterusnya kami bergerak ke Pondok Pengawal Sg Kurau. Melapor diri seperti biasa dengan memaklumkan misi pencarian. Sesudah menulis dalam buku pendaftaran terus bergerak ke tempat sasaran. Memandu dalam kegelapan malam lebih berhati-hati akibat kekangan penglihatan.

Credit 9W2VHF

Masuk ke kiri simpang pertama terus hingga melepasi kawasan perumahan dan pejabat pekerja ladang. Selepas melepasi rumah pegawai suasana gelap kembali hingga selekoh Z. Berhenti sebentar bagi menentukan kedudukan terkini. Sehingga melepasi dua simpang, aku meletak jelopi berhampiran simpang empat. Ini kerana laluan ke kawasan pendaratan belon agak semak.

Credit 9W2VHF

Hanif 9W2VHF telah memasukkan koordinat pada aplikasi GPS Waypoint Finder. Memeriksa frekuensi belon 401.110MHz tidak kedengaran sebarang isyarat. Pencarian seterusnya berpandukan aplikasi ini hingga ke titik terhampir lagi jarak 100m. Meletak motor dan kami berjalan masuk ke dalam ladang kelapa sawit. Ketika di sini barulah isyarat radiosonde dapat didengar dengan baik. Jarak dari simpang empat jelopi diletakkan hingga ke sini lebih kurang 900m.
Credit 9W2VHF

Namun, apabila antena radio dicabutkan tiada isyarat dapat diterima. Ini menunjukkan bahawa radiosonde masih jauh di hadapan dengan jarak 100m. Jadi kamipun berjalan ke hadapan mengikut anak panah bearing dan kekuatan penerimaan isyarat. Semakin hampir terpaksa melompat parit sebelum menemuinya jatuh di atas pelepah sawit yang kering. Koordinat radiosonde ditemui 2 darjah 50.3546' Utara dan 101 darjah 19.2309' Timur.


Alhamdulillah mudah menemui radiosonde ini dengan bantuan applikasi gps dan penggunaan radio disamping faktor altitud yang rendah iaitu 66m. Memang terlalu dekat dengan titik terakhir selain kawasan persekitaran yang tidak semak. Walaupun pokok sawit ini agak tinggi, peranti tetap ditemui di lantai tanah. Jatuh pula, kali ini di atas pelepah kering. Namum belon tersangkut tinggi pada pelepah pokok sawit dan pecah pada ketinggian 17047m.


Selepas merekod data dan bergambar kenangan kami berpatah balik ke motorsikal Hanif 9W2VHF. Kemudian terus ke jelopi aku pula, sebelum singgah kedai makan di Jenjarom.


Kami minum meraikan kejayaan disamping melaporkan kejayaan dalam group. Post mortem dibincangkan bagi menilai keberkesanan kejayaan sesuatu misi. Pengesahan kejayaan misi turut dilaporkan di sondehub.org

Secara peribadi telah menemui sebanyak 11 radiosonde, manakala Hanif 9W2VHF telah menemui sebanyak 6 radiosonde. Sebelum bergerak pulang Hanif 9W2VHF telah mengaktifkan rdzTTGo bagi mengaktifkan semula radiosonde D20042911. Maka jejak radiosonde ini boleh dilihat sepanjang perjalanan dari Jenjarom hingga ke Gombak.


Kami berkonvoi bergerak melalui Dengkil sebelum berpisah di simpang Bangi dan Cyberjaya/Putrajaya. Usaha menunggu radiosonde jatuh ke darat berbaloi kali ini setelah menunggu dari kali terakhir dua minggu yang lalu. Kali terakhir itu juga mencari pada waktu malam di Banting bersama Abg Mike Fox 9W2SMF dan Hanif 9W2VHF,

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...