Belon Kuantan D20052847 Mendarat di Sungai Tekam

Credit 9W2SMF

 Pada 6 Februari 2022 yang lalu belon Kuantan D20052847 telah jatuh di Sungai Tekam. Abg Mike fox 9W2SMF telah mengaktif rdzTTGOSonde untuk menerima isyarat belon Kuantan di Jerantut.

Credit 9W2SMF

Altitud terakhir 994m berdasarkan rdzTTGOSonde beliau yang dicerap. Tanda pangkah menunjukkan kebarangkalian belon mendarat di situ.

Credit 9W2SMF

Koordinat 3.910627 Utara dan 102.571023 Timur jangkaan belon mendarat. Ketinggian 60m dari aras laut turut dinyatakan selain masa dalam UTC.

Credit 9W2SMF

Lokasi belon ditunjukkan dalam peta serta jejak garisan berwarna biru. Menjadi keperluan wajib setiap pemburu belon untuk memiliki rdzTTGOSonde bagi mengetahui kedudukan belon. Mudahlah misi SAR yang dijalankan dengan bantuan alat ini. Pasti dapat mengenalpasti lokasi setelah koordinat belon dapat dikesan.


Manakala, SondeHub merekodkan altitud 1137m lebih tinggi berbanding rdzTTGOSonde 994m. Koordinat pula 3.91601 Utara dan 102.57074 Timur. Jika dilihat dalam peta lokasi jatuh berada di atas antara sungai berbentuk huruf U. Tetapi rdzTTGOSonde lebih ke hadapan sedikit di bawah huruf U itu.


Seterusnya, altitud 6056m di aprs lebih tinggi lagi. Pasti menyukarkan mencari belon kerana altitud terakhir adalah sangat tinggi. Maka, pastilah kita memilih altitud yang paling rendah sebagai rujukan untuk SAR. Tiga kaedah diatas dapat membantu tugas-tugas melancarkan lagi pencarian belon. Pilihlah kaedah yang terbaik bagi memudahkan operasi SAR dilapangan.

Seharusnya kita menyemak ketiga-tiga sumber itu bagi memudahkan membuat perbandingan. Pilih yang terbaik kerana dapat membantu membuat keputusan yang paling tepat. Semakin rendah altitud semakin mudahlah tugas pencarian belon.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...