Bercuti di Pahang

Credit 9W2PEF

 Permulaan cuti Tahun Baru Cina sempat berjalan ke Pahang bersama keluarga. Tujuan utama menghadiri kenduri kahwin sepupu  Kg Sg Isap di Kuantan. Perjalanan dari Cheras melalui Kuala Pilah dan Bahau terus ke Muadzam Shah sebelum tiba di Kuantan. Stesen 9W2DYA-10 telah diaktifkan sepanjang perjalanan.


Hari pertama Sabtu 29 Januari 2022 bermalam di Bandar Pusat Jengka selepas menghadiri kenduri ini. Semasa di Kuantan ini, stesen  Zairi 9W2PEF telah mengesan 9W2DYA-10. Hasil mesej di aprs berserta nombor telefon. Bolehlah aku menghantar mesej balas di what'sapp kepada beliau.


Tiba di Kuantan agak lewat ke majlis menyebabkan hanya keluarga kami menikmati nasi kenduri. Elok juga waktu Covid-19 dapat mengelakkan bertembung dengan orang ramai. Selesai hala ke Maran mengikut jalan lama. Berhenti solat dan mengisi tangki minyak sebelum terus ke Bandar Pusat Jengka.


Menginap di Homestay Shah Bandar ditingkat atas berdekatan jalan utama. Bolehlah memantau belon Kuantan di frekuensi 402.010MHz dengan baik. Malam menikmti ikan bakar di Medan Selera berhampiran. Ramai sungguh orang pada malam itu memandangkan cuti panjang telah bermula.


Hari kedua Ahad 30 Januari 2022 bermula dengan sarapan berdekatan stadium. Kemudian menghantar keluarga ke Jengka Wonderland untuk mandi-manda. Operasi seterusnya adalah mengesan belon Kuantan pagi itu D20052781. Belon ini jatuh di kawasan hutan berdekatan Lubuk Yu.


Sayangnya Taman Ekorimba Lubuk Yu telah ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Tiada sebarang isyarat radiosonde kedengaran dicorong radio. Pasti lokasi terakhir agak jauh dari sini tanpa kedengaran sebarang isyarat.


Rumah burung walit tidak jauh dari pintu masuk Lubuk Yu. Persekitaran dikelilingi ladang kelapa sawit. WX pagi itu sangat baik panas dan cerah.


Dua kumpulan bermotosikal turut baru tiba kecewa kerana tidak dapat menikmati kedinginan air lubuk Yu. Pintu pagar berkunci sememang tidak membenarkan sesiapa untuk masuk ke dalam.


Papan tanda peraturan serta grafik bergambar dipacak berdekatan pintu pagar. Perlu dibaca dan difahami oleh pengunjung untuk mengelakkan salah laku.


Koordinat dihadapan pintu pagar Taman Ekorimba Lubuk Yu 3 darjah 45.2181' Utara dan 102 darjah 38.8638' Timur. Manakala koordinat belon D20052781 adalah 3 darjah 47.12' Utara dan 102 darjah 47.12' Timur. Altitud ketinggian terakhir 9782m.


Selepas puas monitor isyarat radiosonde yang tidak muncul di pintu pagar lubuk Yu. Memandu jelopi ke jambatan Sungai Jerik. Berselisih semula dengan kumpulan bermotorsikal mencari destinasi baru air terjun. Bukit dibelakang dipercayai belon terhempas di sana. Berlatarbelakang dusun durian.


Sungai Jerik mengalir di antara kebun kelapa sawit. Ketika di sini masih monitor isyarat radiosonde. Masih tidak kedengaran dicorong radio. Kemudian meneruskan pemanduan di sepanjang jalan Jerantut - Maran Nombor 64. Radio bersedia menerima isyarat sepanjang perjalanan. Namun, masih tiada sebrang isyarat diterima.


Berpatah balik di Masjid Kg Jara. Berhenti seketika sambil memantau frekuensi. Masih gagal menerima sebarang isyarat. Seterusnya memandu pulang ke Jengka Wonderland dengan memantau frekuensi sepanjang perjalanan.


Tiba di Jengka Wonderland kereta semakin bertambah. Ini bermaksud pengunjung semakin ramai datang bercuti bermain air. Taman Tema Air ini dapat memberi peluang penduduk sekitar dan pengunjung luar untuk bercuti.


Cuaca yang panas sangat sesuai berendam bagi menyejukkan badan. Banyak kemudahan disediakan menjadi tarikan pengunjung. Wakaf kerusi meja,  tandas dan bilik persalinan serta surau. Banyak kolam mengikut saiz dan umur direka menjadi tumpuan.


Stesen 9W2DYA-10 tiba di Jengka Wonderland dari misi mencari belon Kuantan D20052781. Setelah puas mandi-manda, kami bertolak ke Temerloh pula. Berhenti di Medan selera yang menghadap Sungai Pahang. Menikmati ikan patin yang menjadi tarikan utama Temerloh.


Pemandangan Sungai Pahang menghadap jambatan. Ada satu lagi jambatan menghubungkan Kuantan dan Kuala Lumpur jalan persekutuan nombor 2 dalam pembinaan sebelah sedia ada.


Mercu tanda perkataan Temerloh menghadap Sungai Pahang. Sewaktu banjir besar yang lalu, seperuh perkataan ini telah ditenggelami air.


Pemandangan bahagian hulu Sungai Pahang bersebelahan dengan Kuala Sungai Semantan. Kelihatan bot-bot mudik ke hulu dan hilir menjadi sungai sebagai pengangkutan yang pantas dan mudah.


Kemudian turun ke Esplanade untuk mencuba menaiki bot bersiar di Sungai Pahang. Satu tarikan pelancong di Temerloh bagi menikmati pemandangan indah sepanjang tebing sungai. Ada dua bot disediakan untuk pelancong menikmati pengalaman di Sungai Pahang. Bayaran yang dikenakan berpatutan dengan pengalaman seumur hidup.


Setelah membuat pembayaran, perlu memakai jaket keselamatan sebelum menaiki bot. Langkah keselamatan bagi mengelak sebarang tragedi yang tidak diingini.



Perjalanan sepanjang sungai Pahang dari melaui hadapan bandar Temerloh. Bermula di Kuala Semantan berpatah balik terus menghala bawah jambatan. Melepasi jambatan berpatah balik ke jeti semula. Walaupun tidak terlalu lama, sangat sesuai bagi menikmati pemandangan disamping angin menyapa muka dan air membasahi tempiasnya.

Credit 9W2EVR

Ketika petang itu, Pak Yus 9W2EVR turut melintasi bandar Temerloh. Namun tidak berkesempatan bersalaman didaratan. Ada kesempatan masa hadapan mungkin bertemu. Sementara homestay siap sedia untuk kami masuk, solat di Masjid Abu Bakar terlebih dahulu. Pada malam kedua ini, menginap di NZ homestay Kg Buntut Pulau. Monitor belon Kuantan seperti biasa di frekuensi 402.010MHz.


Stesen 9W2DYA-10 berada di NZ homestay di Kg Buntut Pulau. Makan malam di kedai makan di tepi jalan ke Mentakab. Cari-cari kedai makan di pusat bandar malam itu sememangnya sukar.


Hari ketiga Isnin 1 Februari 2022 bersarapan di medan selera menghadap Sungai Pahang lagi sekali. Kali ini, mencuba sarapan di kedai lain pula. Selepas sarapan memandu ke Lanchang untuk ke Kuala Gandah.


Singgah di Temerloh Titik Tengah Semenanjung dilaluan no 2 menghala ke Karak. Malangnya tarikan ini masih lagi proses pembaikan akibat banjir. Koordinat didepan pagar adalah 3 darjah 29.6673' Utara dan 102 darjah 13.2663' Timur. Terpampang di pintu pagar 3 darjah 29' 33" Utara dan 102 darjah 13' 10'' Timur. Angka 3 selepas 1 bagi Timur telah tertanggal.


Selepas puas bergambar kenangan walaupun tidak dapat melihat didalam. Perjalanan ke Pekan Lanchang untuk melawat gajah-gajah di Kuala Gandah. Kesan banjir besar mula dapat dilihat selepas Pekan Lanchang.


Memandu melalui laluan Jalan Bolok - Mempaga nombor 236 melalui kawasan pedalaman. Suasana kampung dan menghijau amat mendamaikan. Tiba di penghujung jalan pintu pagar Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah menymabut kami. Pengunjung sudah mula tiba sedikit demi sedikit sempena cuti perayaan ini.


Selepas meletak jelopi, bergerak ke ruang pameran untuk mengisi borang terlebih dahulu. Mengimbas suhu dan MySejahtera amalan SOP Covid-19. Menyerahkan borang di kaunter pendaftara. Walaupun tidak dikenakan sebarang bayaran, pengunjung digalakkan memberi sumbangan untuk kebajikan gajah-gajah. Secara tidak langsung pengunjung memelihara dan memulihara kelestarian haiwan tersebut.


Ruang pameran memberi maklumat-maklumat tentang gajah. Kemudian keluar terus ke kawasan latihan gajah. Terdapat dua ekor gajah berada di kawasan lapang. Manakala seekor anak gajah berada di kandang. Pengunjung boleh memberi potongan tebu dengan harga RM3 kepada gajah-gajah tersebut.


Sungai Teris menjadi tempat gajah bermandi. Sempat melihat dua ekor gajah dewasa mandi di dalam sungai. Setiap ekor gajah mempunyai penjaganya. Berguling dalam air dengan seronoknya gajah itu mandi. Lagi seekor hanya berdiri sambil bermain buah kelapa di mulutnya.  Selepas dua ekor gajah itu mandi dan beredar, kamipun bergerak ke kawasan anak gajah.


Ada empat ekor anak gajah di dalam kandang. Semuanya diselamatkan dari seluruh Semenanjung. Salah seekor daripadanya telah tercedera pada kaki akibat jerat yang dipasang oleh pemburu haram. Setiap ekor anak gajah ini mempunyai nama menurut Pegawai Perhilitan yang memberi taklimat kepada pengunjung.
Masih boleh memberi makan potongan tebu kepada anak-anak gajah ini. Pastikan mencuci  tangan selepas bersentuhan dengan gajah-gajah ini.

Selepas puas memberi anak gajah makan potongan tebu, bergerak ke pejabat selisih dengan anak gajah yang comel. Anak gajah paling kecil ini berusia 7 bulan. Bersiar-siar bersama penjaganya yang membawa botol susu ditangan. Terkedek-kedek berjalan dengan pantas mengikut ke mana sahaja tuannya bergerak.


Destinasi seterusnya adalah Taman Rusa yang tidak berapa jauh dari Kuala Gandah ini. Terletak di jalan Bukit Rengit. Bayaran masuk dikenakan. Tarikan utama adalah rusa yang bergerak bebas di dalam taman ini. Pengunjung dibekal semangkuk potongan kentang untuk diberi kepada rusa tersebut. Rusa-rusa yang jinak akan menghampiri untuk mendapatkan kentang tersebut.


Banyak binatang lain turut dipamerkan di dalam taman ini. Pelbagai bunyian turut dihasilkan oleh pelbagai spesies burung dan ayam. Reptilia dan mamalia turut tidak ketinggalan dipamerkan dalam taman dipersekitaran hutan.


Pulang ke Cheras melalui Karak ke Kuala Klawang. Semasa melepasi kawasan Karak, dapat dilihat kesan banjir besar sepanjang laluan ke Negeri Sembilan.Tiba di Kuala Klawang menikmati masak lemak daging salai yang menjadi tarikan utama masakan. Seterusnya melalui Pekan Lenggeng ke Beranang. Merentasi Ecohill terus ke Batu 10 Cheras. Laluan dalam dipilih bagi mengelakkan kesesakan di lebuhraya utama.

73, Jojet de 9w2dya

No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...