Audio Check

Pada hari jumaat malam sekitar jam 9 lebih sebelum bermulanya acara 2Meter Net Setia bersama Astra yang dikendalikan oleh 9W2FLL radio operator Nashruwan. Berlaku suatu peristiwa menarik untuk tatapan rakan sekalian. Sebelum itu qso antara 9W2EDK bersama 9W2BDM ke udara di jalur Transnasional dan putus begitu sahaja. Selepas itu, terdengarlah seperti PTT sedang ditiup-tiup.Jika hendak memastikan samada ptt itu masih berfungsi eloklah buat uji pancar memanggil mana-mana rakan untuk mengetahui sejauh mana audio dapat diterima oleh rakan lain. Bukannya dengan menekan ptt sambil menghembus-hembus kerana audio itu dapat diterima oleh rakan lain yang sedang memantau. Mungkin rakan itu tidak sedari bahawa pttnya sebenar tidak rosak ataupun memang sengaja dilakukan tidaklah kita fahami. Perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku kerana tidak mengikut etika ataupun rakan itu masih baru lagi mendalami dan mempelajari dalam dunia radio dua hala ini. Perlulah diingatkan bahawa jalur ini senantiasa dipantau oleh rakan-rakan lain kerana liputannya sangat meluas.Lebih-lebih lagi jika waktu itu akan diadakan 2meter Net, pasti rakan tertunggu-tunggu untuk check-in. Ramai juga yang monitor daripada QSO di jalur kerana lebih suka mendengar perbualan rakan lain. Harap rakan itu tidak melakukan perkara yang sama lagi, kerana mengganggu dan juga kemungkinan ada sebarang trafik yang penting mungkin hendak disampaikan oleh rakan lain.
73, Jojet, 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Stesen YB6DE-AIS aktif malam ini

  Stesen YB6DE-AIS telah diaktifkan malam ini di Langsa, Aceh Indonesia. Kapal aktiviti maritim turut boleh dipantau di aprs. Stesen AIS Rec...