Ingin merasai pengalaman ber DX ?

Ingin merasai pengalaman ber DX? ada jawapannya semasa anda menggunakan Hamsphere. Satu program virtual radio di mana komuniti ham seluruh dunia QSO antara satu sama lain menggunakan radio virtual ini. Saya sendiri berasa seronok bila dapat QSO bersama rakan  ham dari seluruh dunia. Bagi yang tidak mempunyai lesen radio amatur dan ingin berjinak-jinak dan mengenali dunia ham inilah tempat yang sesuai untuk belajar.Anda akan diberi callsign HS apabila mendaftarnya. Anda boleh berkomunikasi dengan pelbagai rakan dari pelbagai negara. Cara penggunaannya mudah sahaja. Selepas downloud dengan perisian Java anda sudah boleh menggunakannya seolah-olah menggunakan set radio HF yang sebenar. Jangan lupa juga microphone dan mouse untuk menekan PTT. Maklumat lanjut boleh melayari http://www.hamsphere.com/  pelbagai maklumat diberi dalam web ini. Selamat mencuba program ini, satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi kepada yang ingin ber DXing.
73, Jojet, 9W2DYA

4 comments:

  1. Assalammualaikum,

    Dah berapa ramai dah "contact" setakat ini? :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam
    Terima kasih melawat blog saya. Setakat nie ada lebih 10 org contact bagi amatur dan lebih 10 contact bagi callsign HS

    ReplyDelete
  3. bagaimana caranya mendaftar callsign saya gede dari Denpasar Bali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gede perlu bertanya rakan Orari di sana. Rasanya ramai rakan ham di Bali

      Delete

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...