CQ Field Day CQ Field Day



Pada 26 Jun 2011 sempat monitor melalui webSDR de W4AX aktiviti ARRL Field Day 2011. Walaupun tiada set HF, kita masih boleh monitor melalui receiver SDR di internet. Inilah yang dikatakan teknologi tanpa sempadan membolehkan RF boleh didengar melalui internet. Pada hari itu aku memilih band 40m yang lebih aktif berbanding dengan yang lain. Memang pada hari itu sangat meriah dengan CQ Field Day CQ Field Day. Bila dapat mengenal pasti callsign aku terus memasukkan ke dalam logbook yang disediakan di website itu. Selepas ini apa sahaja event di USA boleh monitor di website ini. Hi Hi

73, Jojet, 9W2DYA.

No comments:

Post a Comment

Belon Gemas Jatuh Jumaat lalu

  Pada Jumaat lepas 8 Mei 2026 telah dapat dikesan Belon Gemas. Radiosonde RS92-SGP L2334078. Jangkaan penulis telah bermula Latihan Kuasa T...