1,500 pengakap sertai Peraja 2011



PASIR PUTEH 12 Julai – Seramai 1,500 ahli pengakap jajahan Pasir Puteh menyertai Perkhemahan Agung Pengakap Jajahan Pasir Puteh (Peraja) 2011 yang diadakan di Jeram Pasu dekat sini, selama empat hari bermula semalam.

Timbalan Ketua Perkhemahan Peraja, Che Azmy Che Yusoff berkata, perkhemahan itu melibatkan pengakap kanak-kanak dari 38 buah sekolah rendah, pengakap muda dan pengakap remaja dari 12 buah sekolah menengah, serta ahli pengakap kelana dari beberapa buah sekolah di Selatan Thailand.
Menurutnya, perkhemahan yang akan berakhir pada 14 Julai ini adalah sebahagian pendidikan di luar bilik darjah berasaskan ilmu kemahiran yang memberi fokus kepada aktiviti peningkatan disiplin dan kerohanian.
Lain-lain aktiviti yang diadakan adalah kawad kaki, pertanding menggubah buah tembikai, membina gajet dan pintu gerbang, kemahiran ikatan, mengendali radio amatur, meredah hutan, merempuh halangan, isyarat sulit pengakap, persetiaan dan undang-undang pengakap, kemahiran memasak di hutan dan pelbagai ilmu pertolongan cemas, katanya ketika ditemui pemberita di tapak perkhemahan Peraja 2011 dekat sini, hari ini.
Che Azmy berkata, pendidikan luar bilik darjah menerusi aktiviti pengakap adalah sebahagian usaha untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan, disiplin dan undang-undang perkhemahan yang ditetapkan.
Beliau berkata, pihak pengurusan pengakap jajahan sentiasa memantau setiap aktiviti yang dianjurkan supaya matlamat bekerjasama dalam satu pasukan, melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek tercapai.
Menurutnya, perkhemahan yang bertemakan Pengakap Cemerlang 1Malaysia memfokuskan nilai dan kekuatan dalaman peserta serta toleransi pelajar yang perlu dipupuk dan diberi penekanan untuk melahirkan generasi bertakwa, bermoral, cergas fizikal, penyayang serta kental.
Tambah beliau, generasi muda yang memimpin dan pewaris negara pada masa hadapan perlu di bentuk, dibimbing, diajar dan dibekalkan menerusi aktiviti kepengakapan yang boleh memainkan peranan yang positif dalam membantu kerajaan membina negara bangsa.

Dipetik dari Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...