Eyeball bersama 9W2CEH

Pada 26 Julai 2011aku menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Guru-guru dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Daerah Hulu Langat 2010. Majlis yang penuh gemilang ini diadakan di Dewan Refflesia, ESSET Bangi. Ia dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Musa merupakan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Selangor. Bagi kami di Hulu Langat beliau merupakan mantan Pegawai Pelajaran Daerah. Habis sahaja majlis aku bersama rakan saltmine bergambar kenangan bersama Pengetua. Selepas itu bergambar lagi di atas pentas sebagai tanda kenangan sempena majlis tersebut. Pada pukul 12 tengahari aku keluar dari dewan untuk pulang. Memandangkan QTH ini berdekatan dengan base Abg Bonar 9W2CEH aku cuba memanggilnya. Rupanya disambut olehnya dan terus QSO dan menyatakan aku ingin bersalaman dibasenya.Rupanya abg bonar kurang sihat hari ini menyebabkan dia ada dibase. Aku terus memandu sambil QSO hinggalah ke basenya. Tiba dibasenya aku disambut mesra dan bersalaman. Sebelum ini aku pernah kebasenya. Perubahan yang ketara adalah antena diatas bumbung rumahnya. Di bawah ini info daripada email beliau tentang antena yang digunakan.

ok info mengenai antenna saya


1. 3 Element Yagi = 10m mono band HomeBrew covering 28.400MHz to 28.500MHz - perlukan antenna tuner untuk memancar lebih atau kurang dari frequency itu - Tuner saya LDG AT-200Pro

2. Rotary Dipole = dual band HomeBrew covering 20m & 40m - still need a tuner to tuned it

3. VHF - 2m collinear antenna HomeBrew - info di http://www.hamuniverse.com/2m440collinearvertical.html - tapi saya tune 2m sahaja.. UHF tak guna..

4. Diamond CR-8900 - Quad band mobile antenna - 10m/6m/2m/70cm = 29MHz/50MHz/144MHz/430MHz - info di http://www.rfparts.com/diamond/cr8900a.html

Terima kasih sudi2 singgah di based kita..

InsyaAllah.. dilain kesempatan.. akan mengunjungi based anda pula.. 73




Terima kasih Abg Bonar atas eyeball tadi. Moga sihat hendaknya dan Selamat menjalani ibadah puasa yang bakal menjelma. Info-info yang diberikan amat berguna. 73

73, Jojet, 9W2DYA

1 comment:

  1. Pernah jumpa dia ni masa eyeball diambang tahun baru 2011 di tmn tasik titiwangsa, baru-baru ni cumpa kat bdr baaru bangi, he he

    ReplyDelete

Belon DFM09P19028090 muncul dari Port Dickson

Credit 9W2DVZ   Pagi ini muncul belon jenis DFM09P 19028090 dari perairan Port Dickson. Isyarat terakhir jam 8:36 pagi berada di Bagan Siapi...