Perkhemahan Agung Pengakap 2011

Pada 11 dan 12 Julai aku berkesempatan ke pantai timur atas urusan keluarga. Sepanjang perjalanan aku monitor mana-mana jalur yang kedengaran audio. Perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur dari Karak hingga keluar ke Jabor. Bilalah agaknya LPT ini boleh siap ke Kuala Terengganu pula? Boleh menjimatkan lagi tempoh perjalanan. Tiba di kawasan Gambang lewat petang kedengaran rakan sedang QSO di frekuensi 146.100MHz. Audio 9W2ABR, 9W2WMW dan 9W2BWB.
Manakala di Dungun kedengaran audio Kak Za agaknya kerana pernah aku monitor katanya base di Politeknik Dungun. Perjalanan terus ke Kota Bharu hingga pukul 2.30 pagi.
Keesokannya lepas segala tugasan lepas pukul 10.00 pagi bertolak semula ke Kuala Terengganu. Ketika melalui Jertih aku scan di 146.675MHz  dan terus kedengaran audio rakan yang sedang mengendalikan aktiviti radio amatur di Perkhemahan Agung Pengakap di Kem Pengakap Jeram Pasu. Pengendali ketika itu adalah 9W2ZMM telah memberi peluang kepada peserta untuk mengendalikan radio dua hala secara betul. Ia juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada rakan ham yang lain seperti 9W2KQR, 9W2LTT dan 9W2WCL. Ahli pengakap yang QSO menunjukkan minat yang mendalam tentang mengendalikan radio. Rata-rata dapat dilihat mempunyai semangat untuk meneruskan mempelajari tentang dunia radio amatur yang mempunyai ilmu yang sangat luas untuk diteroka. Walaupun pertama kali mencubanya kedengaran mereka berani mencuba dan tidak kekok untuk QSO dengan rakan dijaluran. Syabas dan tahniah kepada rakan yang berjaya memperkenalkan aktiviti radio scouting kepada ahli pengakap yang terlibat pada perkhemahan ini. Rasanya aktiviti ini sentiasa mendapat sambutan dan tumpuan pada setiap kali aktiviti perkhemahan diadakan. Perkhemahan tamat pada 14 Julai mungkin ketika ini aktiviti ini masih diteruskan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada rakan ham yang bertungkus lumus memperkenalkan radio amatur ini. Harap ahli pengakap ini suatu hari nanti mendapat lesen dan seterusnya memancar menggunakan callsign sendiri.
Salam Pengakap.

73, Jojet, 9W2DYA.

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...