Perjumpaan SWL Sesi #2

Written by MARES News Desk


Jul 14, 2011 at 10:01 AM

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Warga Radio Amatur yang dihormati,

Pada bulan Jun 2011 yang lalu kita telah mengadakan satu perjumpaan "SWL" yang pertama. Bagi mereka yang berminat atau ingin tahu apa itu "SWL" yang sebenarnya anda semua di jemput hadir untuk mengikuti perjumpaan "SWL" kali ke II yang akan diadakan pada hujung minggu ini.
Dengar cerita perjumpaan kali ini lebih meriah lagi kerana ramai yang ingin turut serta termasuk rakan dari Ipoh, Temerloh, Negeri Sembilan dan Johor. Pada perjumpaan pertama yang lalu 9M2RS membawa sebuah Receiver Sony ICF 5900W yang boleh menerima pancaran SSB. Pada perjumpaan kali ini, 9M2AU akan membawa sebuah Receiver Eton E5 dan beliau juga akan menunjukkan sebuah receiver yang menggunakan TUBE/ Valve iaitu RCA AR88. Selain itu, kita akan berkongsi beberapa bahan bacaan tentang "short wave listening",
Bagi yang berminat anda semua di jemput hadir tidak mengira 9Ms, 9Ws atau SWL.

Tarikh: Sabtu, 16 Julai 2011

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Lokasi: Rumah Kelab 9M4CME, 4A, Jalan Tinggi 6/12, Off Jalan Selangor, Petaling Jaya, Selangor

MARES mengalu-alukan semua warga radio amatur dan mereka yang berminat untuk menjadi ahli radio amatur ke perjumpaan ini. Beberapa sesi penerangan dan berkongsi pengalaman juga akan diadakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 9M2SQL Mutalib ( 9m2sql@mares.org.my / 017-6391632) atau 9M2AU Aziz ( 9m2au@mares.org.my )

Terima kasih dan 73

No comments:

Post a Comment

Radiosonde DFM09P 19025684 di Perairan antara Tioman dan Kepulauan Anambas

Credit 9W2DVZ   Pagi ini telah muncul satu belon radiosonde DFM09P 19025684 di perairan Tioman dan Kepulauan Anambas di Laut China Selatan. ...