Antena quarterwave ground plane telah dipacak.

Hari ini barulah antena quarterwave yang dibeli daripada Pak Razif 9W2JQQ telah berjaya dipacakkan dibase. Aku menggunakan bracet TV untuk memacakkannya di tepi bumbung belakang base tingkat satu. 

Mula-mula ingat nak pacak dibumbung tingkat atas tetapi tidak berjaya. Kalau upah orang pasang antena tv mesti dapat tapi berapa upahnya belum pasti.

Antena ini buat masa ini digunakan untuk APRS sahaja. Aku belum buat audio check lagi keupayaan antena ini. 

Selepas siap dipacakkan wx mendung dan ribut petir serta hujan lebat telah berlaku. Ujian pertama berjaya ditempuhi dan antena masih berdiri megah. Risau juga jikalau ia tidak dapat menempuh kekuatan tiupan angin yang agak kuat.

Inilah antena base yang pertama aku miliki setelah berpindah dari base lama. Ia menghadap ke Gunung Telapa Buruk dan aku mengharapkan packet 9M4RTB-3. Harap bila ia dah keluar lebih banyak stesen dapat didengari terutama melalui PLUS highway di tepi base aku ini.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...