Rekod yang dibuat oleh 9W2DYA-12 ketika ke Genting




9W2ALS422013-12-13 16:22:422013-12-21 16:26:52OJ03VK
 OJ03SC
40.3 km 216°2013-12-21 16:26:52
9W2DIE-3122013-12-07 10:49:232013-12-21 16:25:16OJ03VJ > OJ02UW54.8 km 193°2013-12-21 16:25:16
9W2CEH-34862013-12-01 17:11:502013-12-21 16:31:09OJ03VK > OJ02VW54.7 km 179°2013-12-21 16:31:09

9W2LL-5432013-12-02 18:56:422013-12-21 16:30:48OJ03VK > OJ02VX50.4 km 176°2013-12-21 16:30:48
9M2RDX-152013-12-21 16:29:022013-12-21 16:32:00OJ03VK > OJ13FK73.3 km 88°2013-12-21 16:29:40


9W2EDK-172013-12-20 08:50:342013-12-21 16:27:06OJ03VK > OJ03SA50.1 km 209°2013-12-21 16:27:06
9W2WEE-34122013-12-01 16:05:352013-12-21 16:31:27OJ03VK > OJ02VW56.1 km 183°2013-12-21 16:31:27
Tujuh stesen telah berjaya mencapai jarak yang paling jauh oleh 9W2DYA-12 ketika mobile ke puncak Genting pada 21 Disember 2013.

9W2DIE-3 di Putrajaya berjaya mencapai jarak 54.8km.

9W2ALS di Ara Damansara berjaya mencapai jarak 40.3km.

9W2EDK-1 di Seksyen 27 Shah Alam mencapai jarak 50.1km.

9M2RDX-1 di Temerloh mencapai jarak 73.3km.

9W2LL-5 di Kajang mencapai jarak 50.4km.

9W2CEH-3 di Bangi mencapai jarak 54.7km.

9W2WEE-3 juga di Bangi mencapai jarak 56.1km.

Purata jarak yang dicapai lebih 50km dan yang paling jauh adalah 73.3km dari Temerloh.

Ini menunjukkan bahawa kedudukan yang tinggi membantu gelombang radio mencapai jarak lebih baik dan jauh untuk mencapai mana-mana stesen di bawah sana.

Kedudukan tinggi membantu gelombang radio mencapai dengan mudah tanpa ada halangan yang lebih besar seperti bukit-bukau, bangunan tinggi dan keadaan persekitaran.

Ketika aku bermobile wx mendung sahaja maklumlah ketika ini musim hujan. Tetapi apabila berada semalaman di sini wx amat baik sekali. Ketika malam suhu sangat sejuk dan bintang-bintang dilangit dapat kelihatan bertaburan.

Banyak-banyak hotel yang telah aku menginap, hanya di sini menggunakan kipas tanpa memerlukan penyaman udara. Udara persekitaran di puncak gunung yang sejuk menjimatkan penggunaan penyaman udara. Tidak perlu lagi memikirkan untuk meningkatkan suhu penggunaan penyaman udara kerana suhu di sini adalah semulajadi. Kalau sejuk tutup kipas sahaja.

73, Jojet, 9W2DYA

http://9w2dya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Dua Belon KLIA pagi ini

  Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey. Pertama belon WxR-301D 2302...