Uji pancar 9W2VJP Sungai Purun ke 9W2DYA Bangi

Cuti tahun baru 2017 rakan 9W2VJP Shaffri telah pulang ke kampungnya. Merujuk info aprs jarak antara kedua kami adalah 7.7km.
Semasa portable di Sungai Purun, Semenyih beliau telah menggunakan set radio seperti gambar dibawah.
Radio TYT TH-7800 yang dilengkapi solar power and controller. Antena semasa uji pancar adalah cili padi. Memancar kurang dari 10watt.
Hasilnya tiada kedengaran audio ke Bangi setelah beberapa kali percubaan dibuat.

Go box kedua beliau mengandungi QYT KT-8900 25watt.
Kali ini equip with cigarette charge socket. Handy pula, Wouxun KG- UV8D. Semasa aku pula uji pancar ke Sungai Purun beliau menggunakan handy sahaja. Audio aku juga tidak dapat diterima. Kuasa pancaran 5watt dengan antena quaterwave groundplane.
Keesokkan malam ketika monitor di V38 kedengaran 9W2OTX menyebut 9W2VJP. Short QSO untuk contact namun audionya tidak kedengaran. Menurut beliau audio 9W2OTX Sungai Merab semakin dapat didengari di Jalan Kebun.
Antena dalam gambar ini yang digunakan dibase station 9W2VJP.
Masalah pada connector ptt menyebabkan QSO tidak dapat diteruskan. 6 pin telah masalah dan tidak dapat berfungsi dengan baik.



No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...