JOTA Kebangsaan kali ke-6 2017 9M4CRN Nilai

Program JOTA Kebangsaan kali ke-6 2017 berjaya dilaksanakan pada 20 Mei 2017. Kesempatan yang ada walau sekejap tidak dilepaskan ke SMK Dato Mohd Said, Nilai.
Nasib baik stesen belum tutup walaupun aktiviti Jota telah tamat. Tiba ketika itu jam 4 petang. Jikalau ikut jadual aktiviti akan tamat lagi sejam.
Stesen JOTA ini menggunakan isyarat panggilan 9M4CRN. Stesen buka dipadang sekolah terletak diatas bukit. Kelihatan sebuah jelopi yang amat ku kenali milik Pak Rosli 9M2RHQ menyambut kedatanganku. Ia memacak tiang untuk antena radio HF.

Tiba di sana terdapat tiga stesen yang dapat bersalaman didaratan iaitu 9W2LUP, 9W2NDQ it, 9W2OTL dan kemudian datang 9W2CGU.
T-shirt yang mereka pakai menunjukkan mereka ini berpengalaman. Stesen 9W2LUP dan 9W2NDQ memakai tertera Selangor DX, manakala 9W2OTL memakai t-shirt tertera Nesrac dan 9W2CGU memakai Jota-joti.
Rig di situ adalah Yeasue FT-450. Mungkin satu hari nanti boleh memlikinya dengan mengaktifkan tabung ayam. Power supply MFJ.
Jelopi satu lagi itu milik 9W2CGU. Kedua jelopi sesuai untuk bantuan komunikasi.
Perkhabaran mengatakan stesen Jota 9M4CRN menerima peserta lebih seribu orang. Band 40m tiada masalah dari pemerhatianku pada penerimaan stesen lain. Menurut 9W2OTL, QTH Jota bagi band 2m sukar untuk memegang pengulang. Sedia maklum Nilai kawasan lubuk kawah istilah yang gunakan bagi kesukaran bekerja dengan pengulang. Ia terlindung sebuah bukit walaupun kedudukan sekolah ini agak tinggi.
Tahniah semua yang terlibat jumpa dan jumpa lagi.


73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...