Kunjungan ke TYT Puchong Gateway

Tengahari ini sempat ke TYT Puchong Gateway untuk mendapatkan adapter charger handy yang asli. Tiba di sana kelihatan stesen 9W2SZR dan 9W2EDK bersembang di pintu masuk.

Bersalaman dan masuk ke kaunter untuk mendapatkan barang yang dihajati. Setelah berjaya mendapatkannya terus ke jelopi untuk uruskan beberapa perkara. Rupanya meletakkan jelopi bersebelahan dengan jelopi 9W2VIS.

Kemudian aku keluar untuk melihat aktiviti di sini. Pergi ke jelopi yang pernah dimiliki oleh SKMM. Kelihatan Eddie 9W2EDK dan Iskandar 9W2VIS sedang melakukan tugasan.
Mereka melakukan persiapan untuk ke Pengerang keesokkannya. Memasang repeater komersil tujuannya ke sana.

Akupun mengintai-intai apa yang terdapat dalam jelopi itu. Menggunakan kuasa daripada genset untuk mengaktifkan sumber tenaga ruang dibelakang jelopi itu. 

Sempat juga melihat mereka menyediakan pole untuk antena yang akan dipasang di Pengerang.

Tidak dilupa juga seekor burung kakaktua yang mencuit hati. Tinggal bersendirian dalam sangkarnya.


Terima kasih tak terhingga kepada 9W2SZR, 9W2EDK dan 9W2VIS atas layanannya. Dapat juga mempelajari cara penyambungan pole untuk antena.

Jumpa dan jumpa lagi, salam keluarga buat keluarga

73, Jojet de 9W2DYA



No comments:

Post a Comment

Pagi ini Jatuh di Morib

 Belon KLIA malam tadi pun telah jatuh ke darat. Radiosonde WxR-301D 2405015797 jatuh jam 20:58 malam bertarikh 18 November 2025. Namun, alt...