Jam 12:15 tengahari menghala ke tenggara bergerak 24km/h.
Hari Kedua 11 Mei 2018
Semakin menghala ke Indira point.
Jam 7:15 malam semakin kelihatan Indira point. Seterusnya melalui Banda Acheh sebelum memasuki Selat Melaka. Selepas masuk sahaja ke Selat Melaka pasti packet pertama akan muncul terutamanya digipeater Gunung Jerai. 9M4RJR-3
Hari Ketiga 12 Mei 2018
Telah menghampiri Banda Acheh.
4:50 petang telah melepasi Banda Acheh dan berada di utara Sumatera.
Jam 11 malam K6MRC-1 telah memasuki Selat Melaka.
Menanti kemunculan packet pertama stesen ini. Bergerak 24km/h dengan bearing 110 darjah dan altitud 28m.
Hari Keempat 13 Mei 2018
K6MRC-1 telah berada berhampiran perairan Pulau Pangkor jam 8:30 pagi.
Pada jam 9:55 pagi berada di perairan Bagan Datoh. Pada jam 9:45 pagi berjaya mendapat packet pertama dari 9M4RKV-3 Bukit Kledang sejauh 142.9km. Position packets sent to APRS-IS sebanyak 28.
Jam 2:30 petang telah berada diperairan Selangor. Stesen ini juga mendapat packet dari 9M2RKK-3 Bukit Lanjan sebanyak 7 packet dengan jarak 142.3km
Jam 6:25 petang K6MRC-1 telah berada diperairan Pulau Carey. Kedudukan 40.4km dari Banting.
Jam 7:45 malam berada di Tanjung Sepat.
Jam 9:30 malam menghala ke Tanjung Tuan. Melepasi Lembah Klang tidak menerima sebarang packet lagi. Menunggu packet di negeri Melaka pula.
Hari Kelima 14 Mei 2018
Jam 12:40 tengah malam K6MRC-1 telah berada di perairan Pulau Besar, Melaka.
Jam 8:00 pagi telah berada di Kukup. Jam 9:00 berjaya mendapat beacon dari Gunung Pulai 9M4RGP-3
Jam 10:15 pagi telah berjaya memasuki Selat Singapura.
Jam 2:30 petang melepasi Selat Singapura memasuki laut China Selatan.
Jam 7:30 malam berada berhampiran kepulauKe Mersing.
Hari Keenam 15 Mei 2018
Kapal hospital K6MRC-1 meneruskan pelayaran menuju ke Vietnam. Jam 12:20 tengah malam meninggalkan perairan Pulau Tioman.
Jam 8:45 pagi berada di utara Pulau Jemaja, Pulau Telaga, Pulau Siantan, Pulau Bajau, Palau Matak dan Pulau Airabu di Kepulauan Riau.
Pergerakannya semakin perlahan iaitu bergerak 4km/h mungkin berehat seketika setelah belayar dari Sri Lanka tanpa berhenti dari 24km/h hingga 20km/h. Kedudukan terkini berda di Barat Laut Pulau Natuna dan timur Kerteh di Laut China Selatan.
Jam 11:00 malam sudah jauh meninggalkan Pulau Natuna. Bergerak 24km/h dengan bearing 17 darjah.
Hari ketujuh 16 Mei 2018
Pada jam 4:50 petang K6MRC-1 telah berada perairan Vietnam.
Jam 10:20 malam K6MRC-1 masih berada di laut timur menuju destinasi.
Hari Kelapan 17 Mei 2018
Jam 8:00 K6MRC-1 menghampiri Nha Trang. Destinasi yang dituju telah tiba selam hampir seminggu lebih berlayar dari Sri Lanka.
Jam 11:15 kapal Hospital K6MRC-1 telahpun berlabuh di Nha Trang bay.
No comments:
Post a Comment