Pertak Trail Run 2018

Pertak Trail Run telah diadakan pada hari Ahad 22 Julai 2018. Kali pertama aku mencuba menyertainya setelah sebulan membuat persiapan hanya berjoging sahaja untuk menguatkan stamina dan meningkatkan kecergasan.



Jarak 15KM menjadi cabaran yang hebat kepada para peserta. Laluan mendaki ke Batu Tedung sangat mencabar kerana kecerunan yang tinggi. Ketinggian hingga mencapai 800m dari aras laut. Tiba disitu merupakan check point 2. Marshall menggunakan radio komunikasi untuk melaporkan setiap pergerakan peserta.


Tempat permulaan terdapat pusat komunikasi yang dikendalikan juga oleh rakan ham. Liputan yang meluas hingga ke puncak Batu tedung hinggalah check point 3 di Lata Medang.

Manakala di Check point 1 merupakan water station yang menjadi tumpuan peserta untuk mengembalikan tenaga setelah berhempas pulas mendaki dan menuruni bukit. Minuman 100 Plus, disamping air mineral disediakan. Aku meneguk beberapa cawan untuk menghilangkan dahaga badan.  Buah epal serta kek span disediakan bagi mengisi perut yang kelaparan dan turut dapat mengembalikan tenaga semula.

Check point 1 merupakan titik pertemuan antara CP2 dan CP3. Selepas berpatah balik dari CP2 di Batu Tedung barulah dapat meneguk air di sini. Kemudian larian diteruskan semula ke CP 3. Setelah mendaki juga ke CP 3, berpatah balik semula ke CP 1 dan singgah untuk minum semula sebelum tiba di garisan penamat di Kg Pertak.



Aku menggunakan aplikasi Runkeeper untuk merekod segala pergerakan semasa larian tersebut. Hasilnya jarak yang direkodkan adalah 14.90km dalam masa 3 jam 16 minit 46 saat. Tiba digarisan penamat dikalungkan medal Finisher memberi sejuta kepuasan dapat menamatkan larian yang begitu mencabar.

Kemudian merehatkan badan serta mengambil cendol dan nasi ayam yang disediakan penganjur. Aku hanya makan nasi ayam yang diberi di tepi sungai yang menjadi tempat perkelahan orang ramai. Memandang hujung minggu sudah pasti ramai tetamu yang datang untuk berkelah dan bermandi-manda. Sayangnya ada pengunjung yang tidak bertanggungjawab meninggalkan sampah ditepi sungai walaupun beberapa tong telah disediakan.

Ramai peserta mengambil peluang untuk bermandi-manda menyegarkan tubuh setelah penat berlari. Aku juga mengambil kesempatan untuk membasuh kasut yang berlumpur dan beberapa kali juga masuk air ketika melintas sungai.

Berbalik kepada bantuan komunikasi dalam sesuatu pertandingan seperti ini. Ia adalah amat penting sekali kepada para penganjur sukan. Segala maklumat dan berita dapat disampaikan dengan segera. Lebih lagi jikalau kawasan itu, tiada liputan talian telefon.

Pihak SKMM haruslah mengeluarkan AA untuk membenarkan frekuensi untuk aktiviti sukan seperti ini. Bantuan komunikasi yang diberikan oleh rakan ham sangat  diperlukan kerana kemahiran, kepakaran serta mempunyai peralatan yang sesuai.

Tahniah kepada pihak penganjur yang menyediakan laluan yang begitu mencabar dan menyeronokkan. Syukur cuaca baik dan trail kering membolehkan peserta berlari berdesup tanpa meninggalkan jejak. Tanda arah yang disediakan juga jelas diletakkan disimpang-simpang yang mengelirukan. Cuma, penganjur perlu lebih rajin mencari penaja-penaja barangan atau apa-apa sahaja agar peserta seronok dapat membawa pulang sesuatu selain T-shirt dan medal agar berbaloi membayar RM95 seorang.

Tiada lagi sekeping sijil dibawa pulang memandang zaman kini semuanya secara atas talian. Bermula dengan pendaftaran hinggalah ke Sijil Pencapaian.



73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...