9W2DYA-5 diaktifkan di Bukit Broga

Pagi tadi semasa latihan ke puncak Bukit Broga sempat mengaktifkan 9W2DYA-5. Laluan balak yang baru digunakan hingga terpaksa membayar tiket naik ke atas sebanyak RM1.00 seorang. Ini kerana terpaksa melalui tanah persendirian terlebih dahulu sebelum ke puncak Bukit Broga.



Perubahan muka bumi dapat dilihat apabila sekitar kawasan telah diteres mengikut kontur. Cerun dibaiki dan ditanam rumput untuk mengekalkan bukit daripada berlakunya hakisan.


Semasa dipuncak Bukit Broga yang tertulis 400m dari aras laut. Aplikasi Runkeeper merekodkan bahawa tidak sampai 400m pun. Jarak latihan pada kali ini adalah 3.69km. Berjaya membakar 462 kalori.


Hanya tiga stesen sahaja dapat mencapai beacon di puncak Bukit Broga iaitu 9M4RHE-3 di Melaka, 9M4RBC di Genting dan 9M4RTB-3 di Telapak Buruk.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Pagi ini Jatuh di Morib

 Belon KLIA malam tadi pun telah jatuh ke darat. Radiosonde WxR-301D 2405015797 jatuh jam 20:58 malam bertarikh 18 November 2025. Namun, alt...