Stesen 9W2OPS-3 MyAPRS & PERHILITAN digipeater bekerja dengan baik

Stesen 9W2OPS-3 MyAPRS & PERHILITAN digipeater telah bekerja dengan baik. Berjaya menyambungkan packet dari kawasan tengah Pahang ke Kelantan, timur ke barat, barat ke timur. Menjadi tulang belakang utama digipeater bagi Semenanjung Malaysia. Terletak di puncak Gunung Tahan, Pahang merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung. Jadi, tidak hairanlah ia boleh mencapai packet dari semua arah.



Stesen 9W2ZSU-4 Sungai Leng, Pahang terus ke 9W2OPS-3 Gunung Tahan, kemudian ke 9W2CDK-3 Dabong dan berakhir di Tanah Merah, Kelantan.


Stesen 9W2GGI-3 Ibok, Terengganu, ke 9W2OPS-3 Gunung Tahan, seterusnya ke 9W2CDK-3 Dabong dan berakhir di 9W2YIE Tanah Merah, Kelantan.


Stesen 9M4RBJ-3 Bukit Jerung, Terengganu ke 9W2OPS-3 Gunung Tahan, kemudian ke 9M4RCH-3 Gunung Brinchang dan berakhir di 9M2OHM-1 Manong, Perak.


Stesen 9W2OPS-3 Gunung Tahan ke 9M4RCH-3 Gunung Brinchang dan berakhir 9W2VIS-1 Jeram, Selangor.

Sungguh jauh packet terbang dari satu negeri ke negeri yang lain. Berjaya merentasi beberapa negeri melalui gelombang radio.

Sejak berakhirnya Ribut Tropika Pabuk beberapa hari yang lalu. Pertukaran monsun telah beralih ke cuaca panas pula. Secara tidak langsung turut mempengaruhi gelombang radio pergi dengan lebih jauh lagi. Kes seperti di atas bukti aktiviti packet semakin aktif pada masa ini terutamanya sebelah malam.

Rakan ham di Terengganu boleh mula menggunakan tracker kerana terdapat dua digipeater telah aktif.  Digipeater 9M4RBJ-3 Bukit Jerung dan 9W2GGI-3 di Ibok bekerja dengan baik bersama 9W2OPS-3 Gunung Tahan. Kewujudan 2 digipeater pasti mampu memberi liputan terbaik aprs di Terengganu. Bertambah meriah pula, kewujudan Igate dapat merancakkan lagi aprs.

Lihat sahaja rakan ham di Johor berjaya meluaskan kuasamu bagi aktiviti aprs. Banyak stesen aprs berjaya diaktifkan. Malahan merebak ke beberapa daerah mempunyai sekurangnya satu digipeater.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Kena Campak Dalam Parit

  Semalam hari ahad sempat melancarkan misi SAR belon secara solo. Lima misi pencarian telah dijalankan. Dua berjaya menjumpai radiosonde da...